LAPORAN : SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (RIANG RIA AIDILFITRI) 2010/1431H {IKHWAH & MUTAZAWWIJIN}

Assalamualaikum W.B.T.H

Mansurah, 11 September – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan Riang Ria Aidilfitri telah diadakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) dengan jayanya.

Seawal jam 8.00 malam majlis telah bermula dan telah dihadiri oleh segenap pelajar di Bumi Mansurah ini samada pelajar perubatan mahupun pelajar pengajian Islam serta para mutazawwijin dan juga anak-anak mereka. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Badan Pengurus PMRAM iaitu Yang Berbahagia saudara Mohd Adlan bin Mokhtaruddin, Yang Berbahagia saudara Mohamad Azlan bin Hj. Alias, Yang Berbahagia saudara Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi dan Yang Berbahagia saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi.



Majlis ini turut dimeriahkan dengan celoteh 2 orang jejaka yang bertugas sebagai hos pada malam itu iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad Rafii @ Caq dan Ustaz Amin Taufiq. Celoteh dan telatah mereka membuatkan sambutan kali ini menjadi tidak sunyi dan sungguh menghangatkan.

Pelbagai acara menarik telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Jejaka Paling Tampan yang telah dimenangi oleh Ustaz Abdul Kadir bin Umar. Di samping itu, terdapat tayangan video yang amat menyentuh hati dan perasaan penonton yang bertajuk ‘TAKBIR HARAPAN’ yang telah dibintangi oleh anak jati Mansurah ini. Majlis makin bertambah hangat dengan acara ‘PEMBERITA 5 KEPALA’ di mana para peserta yang terdiri daripada para tetamu menyampaikan ucapan salam aidilfitri dalam bentuk yang penuh jenaka dan menghiburkan para penonton.

Majlis yang sungguh meriah itu berakhir pada jam 11.30 tengah malam namun sebelum para hadirin pulang,mereka diminta untuk menandatangani Kad Raya Gergasi yang disediakan oleh pihak urusetia majlis dan para ahli pulang ke rumah mereka dengan penuh kekenyangan.

Disediakan oleh :
Setiausaha Riang Ria Aidilfitri
Wan Mohamad Amzar Fitri Bin Wan Mohd Azlan

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger