Kenyataan rasmi: Bersama BKKIMM

Baru-baru ini seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir dikejutkan dengan penarikan pengiktirafan kerajaan Melaka terhadap Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM), sebuah persatuan yang telah menaungi seluruh mahasiswa negeri Melaka di bumi anbiya` ini. Selain itu, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Dato` Wira Mohd Ali Rustam telah menubuhkan sebuah persatuan baru Ikatan Anak Melaka Mesir (IMAM) untuk menggantikan BKKIMM bagi menaungi seluruh mahasiswa negeri Melaka di Mesir.

Peristiwa yang berlaku sekali lagi mencatatkan sejarah hitam dalam diari mahasiswa Malaysia di Mesir. Isu ini merupakan rentetan daripada isu yang menimpa BKASM, KPT, BAKANS dan beberapa badan kebajikan anak negeri iaitu ditarik pengiktirafan atau dengan kata lainnya diharamkan.

Sehubungan dengan itu, saya selaku pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah mewakili seluruh ahli PMRAM cawangan Mansurah menyokong sepenuhnya Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sebagai satu-satunya persatuan bagi menaungi dan menjaga kebajikan seluruh mahasiswa negeri Melaka yang berada di Mesir. Pihak kami juga bersedia bekerjasama dengan BKKIMM dalam segala perkara terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan serta pendidikan mahasiswa.

Di sini juga DPM Mansurah menolak sebarang usaha untuk menubuhkan persatuan baru bagi menggantikan persatuan yang sedia ada kerana persatuan yang ada masih relevan untuk menjadi wadah perjuangan gerakan mahasiswa negeri Melaka. Malah pihak kami juga mencadangkan agar pihak yang bertanggungjawab mengamalkan sikap terbuka dan memberi ruang untuk kepimpinan dan seluruh ahli BKKIMM mengemukan pandangan dan buah fikiran dalam isu ini demi kebajikan dan kecermelangan mahasiswa negeri Melaka.

Selain itu, DPM Mansurah sangat kecewa dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) semasa pertemuan delegasi kerajaan Negeri Melaka dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Akhir sekali, kami menuntut supaya pihak yang bertanggungjawab lebih profesional dalam melaksanakan amanah rakyat tanpa dipengaruhi unsur-unsur politik. Amanah yang dilaksanakan dengan sempurna akan mendapat ganjaran pahala dari Allah, begitu juga amanah yang dkhianati akan mendapat azab dan balasan dari Allah.

Siiru ala barakatillah.

Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah

Yang benar,

MOHD ZAHIMIE BIN MOHD DZAHID

Pengerusi,

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,

Sesi 2010/2011.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger