DPMM : SALAM TAKZIAH
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t
"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang Sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
Al-Baqarah 156-157
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah Nurul Iman bte Ab Alim mahasiswi perubatan tahun 3 Universiti Iskandariah yang telah kembali ke rahmatullah akibat keracunan gas(Carbon Monoxide Poisoning) baru-baru ini.
Kami mendoakan semoga roh almarhumah ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.Semoga keluarga dan rakan-rakan almarhumah bersabar atas dugaan dan ujian ini.
Kami juga berharap agar semua mahasiswa mengambil berat tentang keselamatan diri dan mengambil iktibar supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sekian.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Mohd Zahimie bin Mohd Dzahid
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2010/2011.
Labels:
Ucapan Pengerusi DPMM