Lajnah Pendaftaran PMRAM bagi sesi 2011 hari ini mengumumkan saluran kebajikan ahli PMRAM dari aspek Kad Keahlian PMRAM. Lajnah Pendaftaran PMRAM dengan kerjasama Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa (BPKB) dengan rasminya telah menjalinkan kesepakatan dengan pihak Institusi Bahasa yang tidak asing lagi iaitu Markaz Nil khusus untuk untuk memberi manfaat dan kelebihan kepada ahli PMRAM.
Mulai hari ini , kepada ahli PMRAM yang ingin mendaftarkan diri sebagai penuntut di Markaz Nil. Khusus untuk ahli PMRAM akan mendapat potongan istimewa dengan menggunakan Kad PMRAM.
1. Pendaftaran LE 200.
2. Buku percuma setiap mustawa.
3. Yuran imtihan percuma.
Keistimewaan ini hanya diberikan kepada ahli PMRAM yang mempunyai Kad Keahlian sahaja.
Permohonan ini telah ditetapkan oleh pihak BPKB bahawa pendaftaran MESTI melalui pendidikan cawangan negeri masing-masing. Antara dokumen penting yang mesti disediakan ialah : Yuran pendaftaran(LE200), gambar 1 keping, salinan kad PMRAM (depan belakang) dan isi borang (dapatkan borang di cawangan ). Jalinan kerjasama ini membuktikan hubungan baik antara PMRAM dan institusi luar.
Sejajar dengan ucaptema ‘Kemantapan Fikrah Membina Sahsiah’ topik kebajikan antara yang menjadi agenda dalam pembawakan tema tersebut. PMRAM pada sesi ini melalui Lajnah Pendaftaran dalam skop memperkasakan Kad PMRAM, Pihak PMRAM dalam rangkaan perancangan dan tindakan selepas ini dari masa ke semasa akan ada lagi manfaat kegunaan kad PMRAM dengan izin Allah.
1. Potongan harga dari pembelian sebahagian buku tertentu sahaja di Kedai PMRAM.
2. Kad PMRAM bagi pasangan berkahwin.
Selain itu, kerjasama dilaksanakan juga diperingkat Badan Ekonomi (BEKON) dan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) PMRAM. Pembelian sebahagian buku tertentu di Kedai PMRAM juga akan diberikan harga istimewa dan potongan kepada pembeli yang menunjukkan Kad PMRAM. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pengkelasan Kad akan dibuat khusus kad keahlian bagi pasangan berkahwin. Maklumat lain akan menyusul kemudian.
Pihak Lajnah dan Unit Pendaftaran PMRAM amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea yang hendak dikongsikan keperingkat PMRAM. sila emelkan kepada pmram30@yahoo.com atau pmram1930@yahoo.com.
Kemantapan Fikrah Membina Sahsiah
Norhalis Syafiq Bin Ahmad
Naib Setiausaha Agung
Ketua Lajnah Pendaftaran PMRAM 2011
Sumber : Web PMRAM