KAHERAH, 20 Okt - Pendaftaran baru untuk tahun 1433H bersamaan tahun 2012 bagi permohonan bantuan Jam'iyyah Sar'iyyah peringkat Kaherah telahpun dibuka.
Dalam pertemuan pihak PMRAM bersama pihak Jam'iyyah Sar'iyyah, pihak pengurusan Jam'iyyah Sar'iyyah telah memaklumkan bahawa permohonan baru bagi sesi 1433H telahpun dibuka untuk pemohon-pemohon baru .
Dalam pertemuan tersebut juga,pihak PMRAM telah dimaklumkan beberapa syarat permohonan terbaru yang ditetapkan oleh pihak Jam'iyyah Sar'iyyah. Syarat-syarat tersebut adalah:
1. Pemohon mestilah berjaya dan naik tahun dengan tidak membawa sebarang madah atau mata pelajaran iaitu Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, dan juga Maqbul dengan lulus semua mata pelajaran.
2. Pemohon mestilah merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar.
3. Permohonan dibuka kepada kuliah pengajian Islam sahaja (Kuliah Syariah Wal Qanun, Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab, Kuliah Dirasat Islamiah, dan Kuliah Dakwah Islamiah.
Selain itu, pemohon dikehendaki untuk menyertakan bersama tasdiq asal kuliah beserta sekeping salinan Tasdiq bagi tahun 2011-2012, sekeping gambar berukuran passport, dan passport beserta salinan muka depan passport.
Bagi mahasiswa yang telah menerima bantuan sebelum ini, anda juga dikehendaki untuk memperbaharui pendaftaran dengan menyediakan keperluan sebagaimana di atas.
Pemohon-pemohon di peringkat Sarjana atau Masters boleh juga memohon dengan mengikuti prodesur sebagaimana yang disebutkan di atas.
"Pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahsiswi yang ingin memohon agar menyelesaikan urusan kuliah bermula sekarang sehingga selewat-lewatnya sebelum 10 hb November untuk melancarkan lagi gerak kerja di peringkat PMRAM', ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, Merangkap Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Kebajikan di cawangan masing-masing.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH