Majlis Apresiasi Kecemerlangan Di Al-Azhar Conference Center


KAHERAH, 18 Okt - Perkara yang paling bermakna bagi seorang mahasiswa apabila memperolehi kejayaan setelah sekian lama berusaha dengan kesungguhan mencapai kecemerlangan.


Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) begitu optimis dalam meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya melakar kecemerlangan dalam peperiksaan yang lalu.

Ini
membuktikan PMRAM mengambil cakna dan prihatin dalam meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi Islam dan memberi penghormatan kepada mereka yang berjaya.

Penganjuran
Majlis Apresiasi Kecemerlangan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bakal menjadi ikon Al-Azhar, sekaligus membawa imej Azhari dimata dunia.

PMRAM
juga turut meraikan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dikalangan pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada setiap kuliah dan syukbah.

Al-Azhar
Confrence Center kali ini dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan program ini dan program ini akan meraikan graduan Al-Azhar daripada tahun 2009 sehingga 2011, Master Al-Azhar dan Darul Ifta' yang bakal berlangsung pada 2 November ini.

" Pendaftaran masih dibuka sehingga 24 Oktober ini , diharapkan kepada semua graduan dan mahasiswa cemerlang tidak melepaskan peluang keemasan ini dan bakal menjadi kenangan terindah dalam bergelar mahasiswa " ujar saudara Firdauz bin Noh selaku pemantau Majlis Apresiasi Kecemerlangan merangkap Setiausaha Agung PMRAM 2011.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger