[LAPORAN] LAPORAN SEMINAR KECEMERLANGAN QIRAAT SIRI 1 & 2 (SMART Q)

                                          SEBAHAGIAN DARIPADA PESERTA SEMINAR

LAPORAN SEMINAR KECEMERLANGAN QIRAAT SIRI 1 & 2  (SMART Q)

Pada 1 dan 2  April  2013, Unit Pendidikan Hewi  DPM Mansurah 2012/13 telah berjaya menganjurkan seminar kecemerlangan qiraat sempena peperiksaan yang akan  tiba tidak lama lagi.  Antara objektif seminar ini adalah:

1.     Memberi pendedahan kepada mahasiswa/wi Qiraat tentang kepentingan Al-Quran.
2.     Motivasi yang berkesan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dari aspek duniawi dan ukhrawi.
3.     Membentuk dan melahirkan generasi Al-Quran yang benar-benar menghafaz, beramal dan mampu menyebarkan isi Al-Quran.

Kelas bermula dari jam  8.00  pagi sehingga jam  12.30  tengahari sepanjang dua hari tersebut. Telah dirasmikan oleh Pengerusi DPMM, Ustaz Muhammad Fadzli bin Saadon. Seramai  50 orang peserta dalam kalangan ikhwah juga akhawat telah menyertai seminar ini. Turut bersama beberapa siswi Pengajian Islam. Pihak adhoc telah berjaya menjemput tiga orang tenaga pembentang dalam kalangan pelajar Takhasus Al-Quran Tanta dan Shoubra  iaitu Ustaz Muntazimuddin Zulkifli, Ustaz Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim juga Ustaz Muhammad Ammar Farhan Ramlan.

Pada hari pertama, peserta di bentangkan dengan dua bengkel. Bengkel pertama adalah pembentangan madah  Resam dan Al Quran yang disampaikan oleh Ustaz Muntazimuddin Zulkifli, Siswa Tahun 3 Kuliyyah Al-Quran, Tanta . Seterusnya, bengkel kedua pula madah Qiraan dan Fawasil yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim, siswa Tahun 3, Kuliyyah Shoubro, Kaherah.

Seterusnya pada hari kedua, program diteruskan dengan bengkel tiga, iaitu madah Ulum Quran yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ammar Farhan Ramlan, siswa, Tanta. 
Secara ringkasnya,ketiga-tiga pembentang telah berkongsi tips-tips menjawab peperiksaan, juga menyentuh bentuk-bentuk soalan familiar bagi setiap madah.

Pada hari kedua, pihak program mengambil peluang Solat Hajat dan Solat Jenazah bersama-sama peserta.
Sebelum program bersurai, semua peserta sama-sama mengalunkan Qasidah dengan begitu bersemangat sekali.

Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian para peserta yang mengadirkan diri selama dua hari ini. Tidak dilupakan kepada tenaga adhoc yang telah berjaya memastikan kelancaran program serta ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada tiga orang pembentang yang TERBAIK!!
Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

Siti Aminah bt Nawari.
Setiausaha,
Seminar Kecemrlangan Qiraat siri 1 & 2 (SMART Q),
DPM Mansurah  2012/13.


 

MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger