Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Majlis Ramah Mesra & Taklimat Bersama Pegawai di Jabatan Perdana Menteri Malaysia


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat seluruh ahli DPMM, InsyaAllah pada hari ini akan di adakan sedikit masa untuk taklimat dari Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Majlis akan di laksanakan sebelum Majlis Hari Tautan Mahabbah (HTM '07), di harapkan seluruh ahli DPMM samada mahasiswa/wi baru mahupun lama dapat hadir dan meluangkan sikit masa untuk menjayakan majlis ini, rujuk iklan untuk makluman majlis.

lapangkanlah masa untuk sama-sama menjayakan majlis yang di laksanakan ini.

iklan di keluarkan oleh : Jabatan Setiausaha Agung DPMM 2007/08
0 comments

Pendaftaran Ke Karnival Kerjaya Di Kaherah 26/11/2007


klik pada iklan untuk paparan lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t

Bagi menjayakan penyelarasan di peringkat DPMM dalam persiapan ke majlis yang penuh gemilang Karnival Kerjaya, di bawah atur cara Setiausaha Agung DPMM, SUA telah menggariskan beberapa pecahan kawasan untuk membuat pendaftaran. Berikut adalah iklan nama ketua dan kawasan yang di pertanggungjawabkan untuk menerima pendaftaran secara terbuka untuk perjalanan ke kaherah bagi mengikuti Majlis Karnival Kerjaya pada tarikh yang tertara pada iklan di atas. Di harap semua ahli DPMM dapat memberi kerjasama dalam memperlancarkan urusan ini bagi mengelakkan masalah kekurangan had tempat yang di peruntukkan.

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA UNTUK SEMUA AHLI DPMM

0 comments

Kenali beliau selaku Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Assalamualaikum w.b.t

DPJA, Mansurah, 19hb November 2007 - Setinggi-tinggi rasa syukur kami panjatkan kehadrat Allah s.w.t dan penghargaan khusus atas luangan masa kedatangan lawatan pertama buat Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) ke Mansurah pada 19hb November yang lepas di dalam Majlis yang penuh barakah sempena Ucapan Perdana Pengarah JPMK dan Taklimat Pameran Kerjaya. Kami DPMM di sini akan terus mengalu-alukan kedatangan pihak JPMK dalam menjalinkan hubungan ukhwah dua hala antara kami mahasiswa anak-anak malaysia yang menuntut di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah.

Setibanya beliau di mansurah jam 6 malam, kehadirannya di sambut oleh Pengerusi DPMM Ust Abd Kadir Umar dan AJKT/AJKH serta mahasiswa mahasiswi di Mansurah. Seterusnya Majlis di mulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi DPMM, di susuli En. Amri wakil deligasi JPMK, dan di akhiri dengan Ucapan Perdana dari Pengarah Baru JPMK serta Taklimat Pameran Kerjaya.
Sehubungan itu, Rasa serba kekurangan andai kehadirannya tidak di kenali di kalangan Mahasiswa/wi Mansurah ibarat kata pujangga "tak kenal maka tak cinta". Di sini kami sertakan maklumat datadiri beliau untuk pengenalan semua ahli DPMM.





Nama : Prof. Madya Dr Jamil B. Hashim B. Mustafa.
Berasal : Kuala Kurau, Perak.
Latar Belakang Pengajian :
Sekolah Menengah Agama Izuddin, Ipoh, Perak.
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP), Negeri Sembilan.
Ijazah Pertama (B.A) di Universiti Malaya - tahun 1990.
Ijazah Sarjana (M.A) di Fakulti Ilmu Wahyu, Jabatan Dakwah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Peringkat 'Aliah (P.H.D) Darul 'Ulum, Kaherah, Mesir-tahun 2000.
Lain-lain pengenalan yang di sebut dalam Ucaptamanya :
Kerjayanya Pernah Mengajar di UIAM dan yang terkini di taklifkan sebagai Pengarah Baru Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) bermula tahun 2007.



0 comments

Majlis Perasmian Muzakarah Berkelompok & Forum 2007/08



klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua sahabat-sahabat yang di redhai Allah sentiasa, Jabatan Muzakarah Berkelompok dengan kerjasama Unit Dakwah DPMM akan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Berkelompok dan Forum sepertimana yang tertera pada iklan di atas. Di harapkan kepada semua sahabat-sahabat dapat meluangkan masa bagi menjayakan majlis ilmiah ini. Moga segala kebaikan yang di lakukan ini akan di balas kebaikan dengan kebaikan yang kita telah lakukan.

0 comments

Anjuran Mahabbah Kukuhkan Ribat Ukhwah



klik pada iklan utuk paparan yang lebih jelas dan save untuk simpanan


Assalamualaikum w.b.t

Atas usaha dan atur cara dari Unit Hisbah UBMM DPMM yang di ketuai oleh Ust Khairul Anuar Abd Razak (Ust An), telah mengatur satu program berbentuk Mahabbah Ukhwah ibarat serpihan kasih dari ibu dan ayah bagi menyatukan objektif sasaran DPMM dan UBMM. Senarai di atas adalah senarai keluarga mutazhauwijin di bawah penyusunan Unit Hisbah UBMM yang menetapkan bahawa mereka akan di amanahkan menjadi ayah dan emak kepada bait-bait yang di senaraikan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung seluruh ahli DPMM yang di senaraikan mengikut nama bait-bait telah memperangkatkan keluarga mutazhauwijin yang di amanahkan ini untuk rujukan samada hal-hal dalaman mahupun luaran dalam memahabbahkan antara dua hala ikhwah dan pak dam serta akhowat dan madam. Sehubungan dengan itu, Unit Hisbah juga mengharapkan program ini dapat di laksanakan dengan penuh harmoni ibarat kasih ibu dan ayah sebagai wakil untuk anak2 di perantauan bagi kita mewujudkan ribat ukhuwah sebuah keluarga yang besar bukan sahaja bahagia dan ceria ketika senang malah sama-sama dapat meringankan beban pedih sakit jerihnya menanggung kesusahan.

Firman Allah:
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
(asy-Syura:23)

"Usrah Bertaut Jemaah Muhibbah"

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

I'dad wa Taqdim min Unit Hisbah UBMM DPMM 2007/08

0 comments

Jadual Penggunaan Padang Kuliah Banin Untuk Riadhah


klik pada iklan untuk paparan lebih jelas dan save untuk simpanan.

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai pengetahuan untuk semua ahli DPMM, Di bawah penyelarasan yang di bincangkan, Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menetapkan hari bagi penggunaan padang kuliah untuk ikhwah adalah sepertimana yang tertera pada iklan di atas. Penyelarasan ini di buat untuk kesepakatan dalam memudahkan penggunaan padang bagi mahasiswa dari Thailand, Indonesia dan juga Juzr al-Qomar. Di harapkan semua ahli DPMM dapat mengikuti ketetapan hari dan waktu yang telah di peruntukan ini supaya dapat kita mewujudkan ukhwah fillah antara negara-negara jiran bagi mengukuhkan lagi silaturrahim antara sesama kita. InsyaAllah...

SEKIAN SAJA UNTUK MAKLUMAN SEMUA AHLI DPMM.



0 comments

Nasihat & Renungan Berguna Untuk Mahasiswa/wi Mansurah

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Dibawah tanggungjawab Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM (UPEP) dan UPEP HEWI 2007/08 ingin mengajak semua ahli DPMM untuk sama-sama bangkit dari lena bagi memulakan penjelajahan menunaikan amanah kita sebagai mahasiswa/wi dalam persiapan kita menuju ke pintu kecemerlangan. Sehubungan dengan itu, UPEP juga menharapkan program ilmiah akademiah yang di selenggarakan dibawah atur cara pengisian Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA) yang di pimpin oleh Ketua Unit Ust Ikmal Hafif Azmi ini dapat di laksanakan dengan kemasnya bermula dalam waktu terdekat ini agar perjalanan persiapan menuju ke hari imtihan dapat memberi natijah yang baik dengan masa yang di peruntukkan. Oleh itu, bangkitlah sahabat-sahabat semua dari lamunan panjang agar objektif UKBA ini mendapat sasaran seiring pelancarannya.
0 comments

Taklimat Pameran Kerjaya & Ucapan Perdana dari Pengarah Baru JPMK ( SAFAROH )


klik di iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

DPMM hari ini mengajar semua ahli DPMM turun beramai-ramai menghadirkan diri untuk mendengar Taklimat & Ucapan Perdana dari Pengarah Baru JPMK (Safaroh) bertempat dan masa sepertimana yang terdapat pada iklan di atas. DPMM merakamkan setinggi-tinggi pengharapan kepada semua ahli untuk berkerjasama dalam menjayakan majlis yang di langsungkan ini. Moga segala apa yang baik itu akan datang sesuatu yang dapat memberi manfaat pada semua yang hadir.

KEHADIRAN AMAT DI ALU-ALUKAN PADA SEMUA AHLI DPMM.

"Berbakti dan beramal kerana Allah"

Iklan di sediakan oleh : Jabatan Setiausaha Agung DPMM 2007/2008
0 comments

Kempen Manfaat untuk Semua Ahli DPMM


klik pada iklan untuk paparan lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua ahli DPMM yang di kasihi, DPMM sekali lagi mengajak semua ahli-ahli di bawah naungannya untuk sama-sama merebut peluang bagi menambahkan pengetahuan kita dengan maklumat semasa dalam menuju kemajuan diri dari hari ke hari. Sehubungan dengan itu, DPMM berbesar hati membuka peluang yang bermanfaat ini kepada seluruh ahlinya bagi mengikuti Taklimat berkenaan Skim Takaful (MAA TAKAFUL) yang akan di anjurkan pada hari esok sepertimana yang tertera pada iklan di atas.

KEHADIRAN AMAT DI ALU-ALUKAN UNTUK SEMUA AHLI DPMM.


0 comments

Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum pada semua Mahasiswa/wi Baru Sesi 2007/08


klik pada iklan untuk melihat paparan yang lebih jelas

0 comments

Promosi Hebat Dari Kedai DPMM Untuk Semua Ahli DPMM seluruhnya.


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t

Di bawah pengendalian Bendahari DPMM dan AJK yang mengurus niaga kedai DPMM, dengan senyuman penuh mesra ingin mengajak dan menjemput semua ahli DPMM untuk sama-sama kita mempromosi serta membeli barangan yang terdapat di kedai DPMM. Pelbagai barangan dan bentuk keluaran menanti anda di sana, dan untuk maklumat yang lebih jelas sahabat-sahabat boleh merujuk terus kepada:

* Ust Amin Taufiq.(Bendahari DPMM)
* Ustazah Nor Asiah.(Bendahari HEWI DPMM)

Sahutlah seruan kami di sini ibarat kata "membeli sambil bersedekah", moga sahabat-sahabat semua sentiasa di rahmati Allah hendaknya.

Firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at."


0 comments

Peta Perjalanan dan Alamat Rasmi Pejabat DPMM, Pejabat HEWI dan DPJA


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas dan save untuk simpanan.


Assalamualaikum w.b.t

Berikut adalah peta perjalanan dan alamat rasmi Pejabat DPM Mansurah, Pejabat HEWI dan DPJA. Sebarang surat menyurat rasmi adalah berpandukan alamat rasmi yang di keluarkan oleh Jabatan Setiausaha Agong DPM Mansurah ini.

Sebarang masalah boleh di rujuk kepada:
Ust Muhamad Amirul Hasim (010-8486756) untuk ikhwah.
Ustazah Solehah Binti Harun (010-6190884) untuk akhawat.

Sekian Untuk Makluman Ahli DPM Mansurah.

0 comments

Jadual Waktu Bertugas Di Pejabat AJK Tadbir DPM Mansurah Sesi 2007/2008


klik pada iklan untuk paparan lebih jelas dan save iklan untuk simpanan.


Assalamualaikum w.b.t

Sebagai makluman pada semua ahli DPMM, Jabatan Setiausaha Agong DPMM telah mengeluarkan jadual terkini waktu bertugas AJK Tadbir di pejabat DPMM bagi ahli yang ingin membuat urusan rasmi atau urusan yang berkaitan dengan AJK Tadbir DPMM sesi 2007/08. Sila rujuk pada iklan sepertimana di atas.

Sekian saja untuk makluman semua ahli DPM Mansurah.


0 comments

Buat Tatapan semua ahli - Satu Kejayaan -



Slide Show sekitar Pertandingan Pidato dan Khutbah


Assalamualaikum w.b.t

Dewan Persada al-Jazira al-Ward (DPJA), 1 Nov 2007 : Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan penerima anugerah juara dan naib juara di setiap ketagori pertandingan di dalam Program Pertandingan Pidato dan Khutbah tahun 2007 ini. Tidak lupa juga penghargaan ini kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. Kami seluruh Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Program Pertandingan Pidato dan Khutbah mengharapkan program seperti ini di manfaatkan sebaik mungkin lagi dengan lebih ramai penyertaan di masa akan datang bagi melahirkan lebih banyak bakat dalam bidang penyampaian umum. Semoga apa yang di laksanakan ini menjadi satu usaha yang menghasilkan serta memberikan banyak kelebihan dan pengalaman kepada peserta dalam menjana berbagai2-bagai lagi bentuk uslub da'wah masa kini.

Sekian Jazakumullah khairan kathira
.
0 comments

Kursus Pemantapan Bahasa Perantaraan Komunikasi Arab Mesir 'Ammiah.


klik di iklan untuk melihat paparan yang lebih jelas.


Assalamualaikum w.b.t

Di bawah pengelolaan Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM Mansurah 07/08, kami berbesar hati menjemput semua ahli-ahli di bawah naungan DPMM untuk sama-sama mengikuti kursus yang di anjurkan sepertimana yang tertera pada iklan di atas.

Sehubungan itu juga, Unit Pengetahuan dan Pendidikan di bawah pengendalian Ust Muhammad Labib b. Abd Jalil juga berharap penglibatan dari pelajar-pelajar Perubatan Mansurah untuk turut sama melibatkan diri bagi mancapai objektif memantapkan bahasa perantaraan komunikasi arab mesir ('ammiah) ini.

KEHADIRAN SEMUA MAHASISWA/WI BARU ADALAH DI UTAMAKAN.


0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger