Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Intro Colloquium 3


Sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat mahasiswa-mahasiswi mansurah 2007/08 sekelian.Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.Sebagai makluman untuk perisian dihari minggu, Intro Colloquium 3 akan muncul dengan agenda menarik yang memikat hati pencari ilmu. Antara yang menarik seperti Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah, Diskusi Kitab dan sebagainya. Program ini akan berlangsung pada Hari Sabtu, 29 Mac 2008 bersamaan 21 Rabi'ul awal 1429 dan akan bermula 7.00 pagi yang bertempat di Dewan Persada Jaziral Al-Ward, Utubis Jadid. Bagi setiap peserta berharga L.E16 beserta sarapan dan jamuan tengah hari akan disediakan.

Kepada semua ahli warga DPM Mansurah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut. Jadi jangan ketinggalan untuk mengikutinya kerana setiap yang akan datang itu adalah rahsia-Nya.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

"MEMPERKASA KEIZZAHAN MAHASISWA"
"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"




0 comments

Kalam Pimpinan DPMM sesi 2007/08(4)

Assalamualaikum w.b.t

Salam mahabbah buat anak-anak Mansurah,

Syukur ke hadrat Ilahi yang menyinarkan Islam dan iman ke dalam dada kita dengan dipandu oleh suluhan cahaya al-Quran dan as-Sunnah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pembawa rahmat meliputi segenap penjuru alam semesta.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa rahmat sekalian alam"

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Sedarkh kita siapa kita sebenarnya? Di kelompok manakah kita dalam hirarki masyarakat umum? Apakah peranan dan tanggungjawab yang sedia terpundak di bahu kita? Pentingkah keberadaan kita semenjak kewujudan tamadun kemanusiaan di muka bumi ini? Bertimbunkah kerja-kerja yang tertangguh bagi menjulang keizzahan Islam? Terfikirkah kita?

Warga mahasiswa dan mahasiswi Mansurah yang dikasihi sekalian,

"Mahasiswa agen perubah", "Mahasiswa Pembawa Perubahan", "Mahasiswa Bersama Rakyat", dan berbagai lagi ungkapan yang melambangkan kehebatan kelompok mahasiswa. Siapakah mereka itu? Ya, pastinya kita. Tidak dapat dinafikan lagi tittle mahasiswa sentiasa dikaitkan dengan pemuda dan pemudi atau "syabab". Golongan yang sentiasa bersemangat waja, berani menyatakan kebenaran, tegas dengan prinsip sendiri, cergas, aktif dan agresif dalam setiap tindakan. Itulah lambang orang muda. Sedarkah kita?

Terpahat kukuh kalimah "fityatun" di dalam al-Quran sebanyak 10 kali yang diulang-ulang. Begitu tinggi marhalah kelompok pemuda dan pemudi di sisi Islam. Ibnu Abbas meletakkan piawaian golongan muda adalah tidak melebihi umur 30 tahun. Manakala Imam Zamakhsyari pula menghadkan umur bagi seorang pemuda adalah setelah baligh sehingga mencapai umur 32 tahun. Imam Qurtubi menyatakan umur bagi seorang pemuda di antara 16 tahun hinggalah mencecah 32 tahun. Apapun kita selaku golongan mahasiswa telah berada di dalam lingkungan istimewa ini. Tahukah kita?

Tokoh ilmuan terkemuka iaitu Dr Yusof Al-Qardhawi pernah melafazkan ungkapan yang khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar sempena sambutan 1000 tahun Al-Azhar. "Di dalam diri setiap para Azhari dan Azhariah perlu ada tiga sifat iaitu jaami'ah, jaami' dan jam'iah."

Tiga sifat ini amat penting untuk dihadam selumatnya oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi Azhari yang melabelkan dirinya sebagai daie' sebelum terjun ke dalam lautan masyarakat yang pastinya akan dilambung ombak mehnah dan tribulasi atau tenggelam dek pukulan gelombang maksiat yang menggila di tengah lautan. Jaamiah sememangnya sinonim dengan gelaran mahasiswa. Tidak dinamakan mahasiswa jika tidak mengenal apa itu universiti. Pastinya mejadi tangungjawab seorang mahasiswa menghadiri kuliah, menyiapkan tesis, mentela'ah kitab-kitab, mengkaji dan terus mengkaji mutiara ilmu, menghafal, mengingat dan begitu ghairah dengan majlis-majlis ilmu. Andaikata tindakan kita didapati bertentangan sebagaimana yang disebutkan, layakkah kita digelar sebagai mahsiswa Al-Azhar?

Unsur yang berikutnya ialah jaami' iaitu dalam erti kata lain ialah masjid. Selaku mahasiswa Islam, tidak dapat tidak kita mesti dikaitkan dengan institusi masjid. Ini menunjukkan segala amalan kerohanian perlu serasi dengan diri seseorang mahasiswa Islam. Solat lima waktu seharian di masjid, sekurang-kurangnya menatap al-Quran satu juzuk sehari, mambasahi lidah dengan zikrullah, bersedekah pada tempat yang sepatutnya dan seumpamanya lagi. Namun begitu, itukah hakikat kelompok kita pada masa kini? Masih ada segelintir di antara kita yang belum ' berta'aruf ' dengan tangga masjid dengan alasan letih menapak jauh. Sedangkan kaki yang sama juga yang gagah mendaki Gunung Sinai. Terdapat juga di antara kita yang banyak menghabiskan masa menongkat mata membaca akhbar-akhbar tanah air, tetapi terasa amat berat untuk menatap, meneliti dan menghayati al-Quran sebagai perkhabaran yang benar dari negeri akhirat. Lidah kita masih dibasahi dengan umpatan, kejian, cercaan tanpa memikirkan dosa dan maksiat. Wang zakat atau kiriman ibu bapa dileburkan untuk Marlboro dan Cleopatra yang pastinya tiada sekelumit pun manfaat pada dirinya sendiri, bahkan mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Unsur yang ketiga pula menyentuh tentang jam'iah. Unsur ini menjadi begitu asing pada sebilangan kecil kelompok Azhari. Menganggap tidak perlu melibatkan diri dengan urusan-urusan persatuan. Mereka ini tidak pernah mengenal erti persatuan dan mengasingkan diri dalam dunianya tersendiri. Masyarakat sekeliling tidak diambil peduli dan merasa cukup asalkan dirinya tidak mengganggu orang lain dan dia pula tidak diganggu.

Terdapat juga segolongan yang terlalu berminat dengan aktiviti-aktiviti persatuan, namun mereka ini tidak mementingkan perpaduan dan kesepakatan di antara kita. Tanpa segan silu, menubuhkan nadi-nadi yang tidak sepatutnya wujud di muka bumi Mesir ini. Hasutan, tohmahan, ugutan dilemparkan pada batang tubuh PMRAM bagi melemahkan ikatan uhkuwwah di antara ahli-ahlinya yang telah sekian lama tersulam kukuh. Memadai PMRAM sebagai wadah tunggal perjuangan mahasiswa Al-Azhar yang wajib dipertahankan oleh kita semua selagi PMRAM meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai landasan perjalanannya.

Azhari dan Azhariah yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita mengkoreksi diri dan menyedari bahawa tugas kita amat banyak dan berat. Masyarakat di tanah air mandambakan kepulangan kita bagi membimbing dan memimpin mereka ke arah jalan yang telah dilalui oleh para rasul dan anbia' yang terdahulu. Persiapkan diri dengan mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman yang bernilai sebelum kepulangan kita nanti. Bak kata seorang ulama di zaman ini:

"Secupak ilmu yang kita pelajari, memerlukan segantang pengalaman untuk diterjemahkan kepada masyarakat".

Sekian, wassalam.



Salam mahabbah dan ukhuwwah, salam perjuangan dan kemenangan.

AHMAD AZRUDDIN BIN MAT ALI,
Timbalan Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,
Sesi 2007/08.




0 comments

Imbasan SULAM '08



Slide show Festival Sukan Keluarga Mansurah Sulam '08.

Assalamualaikum w.b.t

M
ansurah, 8 - 15 MAC 2008: DPJA, Acara pembukaan pada hari ini iaitu 8 Mac 2008 bersinar dengan obor perasmian Festival Sukan Keluarga Mansurah (SULAM '08) yang berjaya disempurnakan dengan jayanya oleh wakil Badan Pengurus PMRAM,Ustaz Fakerei Muhaiyidin.Majlis perasmian yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Fahmi Md.Yusop bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Mohd Nor Ehsan Kamaruzzaman,disusuli dengan ucapan pengarah SULAM '08,Ustaz Mohd Nawawi Ali Mustofa.Di dalam ucapan beliau menjelaskan beberapa objektif utama program SULAM '08 pada sesi ini.Majlis kemudiannya diserikan dengan kalam pengerusi DPMM,Ustaz Abdul Kadir Umar yang mengharapkan semua ahli dari pelbagai peringkat dapat terlibat dan menjayakan program tersebut.Pada sesi akhir majlis, sebuah persembahan nasyid telah disampaikan oleh Bazli Hazwan Che Osman bagi menambahkan lagi keceriaan majlis.Majlis ditangguhkan pada 9.30pagi.
Hari pertama program SULAM '08 diteruskan lagi di DPJA pada sebelah malamnya setelah acara perlawanan futsal diadakan pada sesi pagi.Program yang bermula pada jam 9.00malam itu telah dimulai dengan beberapa pertandingan seperti pumping,gusti lengan dan catur.Acara pumping atau tekan tubi itu telah disertai oleh 8 orang dari setiap kumpulan iaitu kumpulan ibnu Sina,al-Farabi,al-Kindi dan ibnu Tufail yang masing-masing menghantar 2 orang wakil.
Pada tarikh 9 Mac iaitu hari kedua berlangsungnya acara dewan untuk akhwat yang bermula pada jam 7.00 pagi.Antara acara yang dipertandingkan adalah dart,ping-pong perseorangan dan beregu.Pertandingan yang berkonsepkan kalah mati ini,bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam disamping memantapkan semangat ukhwah dikalangan ahli.Sebanyak 6 kumpulan termasuk pelajar perubatan mengambil bahagian dalam SULAM '08 iaitu kumpulan Mish-mish(Hayyu Syark&Salam),Tuffah(Utubis Jadid&Belakang Kuliyyah A),Rumman(Depan Kuliyyah A&Mauqaf Kiri),Burtuqal(Mal'ab&Belakang Kuliyyah B),Faraulah(Depan Kuliyyah B&Mauqaf Kanan) dan Syamam(Tib Akhwat).Tepat jam 9.45 pagi,pertandingan ditangguhkan.
Pada sebelah petangnya pula,suasana dewan menjadi gamat dengan telatah lucu anak-anak cilik Mansurah apabila berhempas pulas memecahkan belon dalam slot "Ummiku Sayang".Antara lain yang menarik perhatian adalah acara gubahan kek dan slot "Muslimah Idaman" dengan penampilan bergaya seorang wanita berkerjaya dan keayuan raja sehari.Bagi ikhwah pula,acara dewan yang dijangkakan bermula seawal jam 9.00 malam itu,menyaksikan beberapa acara yang dipertandingkan.Antaranya,FIFA '07,sambungan catur dari malam sebelumnya,angkat besi dan patah besi.Pun begitu antara acara yang unik pada malam itu ialah FIFA '07 dimana perlawanan tersebut dilangsungkan secara virtual.
Sukaneka ikhwah diteruskan lagi pada hari ketiga iaitu 10 Mac di padang kuliyah banin.Antara acara yang dipertandingkan adalah acara bola tampar,sukaneka dan marathon.Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah basikal lambat,tiup tepung dan sebagainya.Manakala permainan bola tampar yang merupakan acara sambungan menemukan kumpulan al-Farabi dan al-Kindi.Selepas asar,acara marathon dimulakan.Acara ditamatkan pada 5.30 petang.
Manakala bagi akhwat,acara telah bermula seawal jam 7.00 pagi dengan dimulai dengan pertandingan tahfiz al-Quran Juz Amma bagi pelajar kuliyah dan musabaqah bacaan Qiraat yang julung-julung kalinya diadakan khusus untuk pelajar Qiraat telah berlangsung di Markaz 2.Pada masa yang sama juga,2 pertandingan lagi dijalankan di DPJA iaitu Win Loose and Draw dan Sabiq Wa Lahiq.Lebih kurang pada jam 4.30 petang sukaneka akhwat dimulakan dengan acara seperti meniup tepung,ikat kaki dan dadu beracun.Sukaneka berakhir hampir jam 5.30 petang dan akan disambung pada keesokan harinya dengan 3 lagi permainan iaitu The Giant,Dragon Ball dan Run Away.
Pada hari keempat,11 Mac.Seawal jam 7.30 pagi,DPJA dipenuhi oleh akhwat yang datang dengan kesungguhan serta semangat yang jitu untuk menyertai acara yang dipertandingkan.Antaranya dam haji,catur dan diikuti dengan karom perseorangan.Sorakan bergema di DPJA menunjukkan ikatan yang telah disulam akan menyemaikan ukhwah yang kita semua impikan iaitu ukhwah kerana-Nya yang diharapkan berkekalan hingga ke akhirnya.Pertandingan berakhir pada jam 11.30 pagi. Tepat jam 1.00 petang,DPJA dibanjiri lagi oleh akhwat yang datang dengan semangat dan kesungguhan kerana ingin menyaksikan pertandingan nasyid yang mana amat dinanti-nantikan oleh azhariyyah di Mansurah.Ini menunjukkan nasyid adalah wadah yang menarik untuk kita berhibur.Menarik lagi nasyid petang itu diselang-selikan dengan pertandingan sajak yang bertemakan "Ikatan Disulam Ukhwah Disemai".Turut menjadi perhatian ialah demonstrasi silat oleh Skuad Puteri Mansurah.Dalam masa yang sama turut berlangsung acara padang bagi ikhwah,iaitu acara tarik tali.Sementara itu,di sudut yang lain pula dilangsungkan perlawanan bola tampar sambungan dari perlawanan semalamnya.Disamping itu,tidak ketinggalan juga acara-acara ringan seperti tiup belon,bola beracun,kaki tiga dan basikal lambat.Antara acara balapan yang turut dilangsungkan pada petang Rabu tersebut ialah acara pecut 100 meter,4X100 meter dan 4X400 meter.Disebelah malamnya pula di DPJA,riuh rendah dengan sorakan bagi perlawanan ping-pong secara beregu dan acara-acara dewan seperti dam haji dan karom.Kemudian diikuti pula dengan acara nasyid yang mana telah dipertandingkan pada jam 10.30 malam.
Hari terakhir Sukan Keluarga Mansurah iaitu 12 Mac ditutup dengan acara pertandingan yang mana terbuka kepada semua individu akhwat yang berminat.Pertandingan tersebut telah tamat setelah 2jam dengan sesi fotografi para peserta dengan hasil tulisan khat masing-masing.
Setelah 2 hari berehat, Festival Sukan Keluarga Mansurah (SULAM '08) telah melabuhkan tirai pada 15 Mac 2008,di Dewan az-Zahabiah dengan dirasmikan oleh wakil kedutaan Malaysia JPMK iaitu Encik Yazit b. Kechik.Selain itu majlis perasmian penutup turut diserikan lagi dengan pelbagai acara dan persembahan.Antaranya ialah, persembahan nasyid oleh Bazli Hazwan Che Osman(UNIC) dan juga kumpulan nasyid Zulfan,persembahan silat,kompang,sajak dan sebagainya.Dalam majlis tersebut turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga penyampaian anugerah khas.Majlis bersurai pada jam 5.00 petang. Semoga ukhwah fillah akan terus berkekalan hingga ke akhr hayat.


0 comments

Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan Keluarga Mansurah ( SULAM '08 )





sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas dan save.



Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian.Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.Sebagai makluman,Festival Sukan Keluarga Mansurah ( SULAM '08 ) akan mengadakan majlis perasmian penutup pada tarikh 15 Mac 2008 bersamaan 8 Rabi'ul Awal 1429H,pada jam 7.00 pagi.Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan az-Zahabiah,Hayyu Shark dan akan dirasmikan oleh wakil dari kedutaan besar Malaysia,Kaherah iaitu Encik Yazit bin Kecit.

Kepada semua ahli warga DPM Mansurah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut kerana terdapat pelbagai acara-acara menarik yang dipersembahkan sepanjang majlis diadakan.Antaranya ialah:-
  • persembahan nasyid Bazli Hazwan dan juga kumpulan nasyid Zulfan
  • silat
  • warna-warni SULAM '08
  • kompang
  • penyampaian hadiah
  • Anugerah Khas dan banyak lagi acara-acara yang menarik menanti anda.
Jadi,jangan ketinggalan untuk hadir ke majlis gilang gemilang perasmian penutup ini.Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita.Kerana di sinilah terletaknya ikatan disulam,ukhwah disemai.

Sekian untuk makluman,terima kasih.



" Ikatan disulam, Ukhwah disemai "

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "
0 comments

Pelan Bazaria Asean '08





sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas dan save.
0 comments

Sudah Tiba...Bazaria Asean '08 Akan Bermula





sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas dan save.


Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian.Dimaklumkan bahawa Bazaria '08 akan menemui anda semua untuk beberapa hari yang terdekat ini. Bazaria akan bermula pada tarikh 7 dan 8 Mac 2008 bersamaan 29 dan 30 Safar 1429 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu di Garaj Kuliyyah Usuluddin Wa Dakwah al-Azhar(Banin),Mansurah dari jam 9.00pagi hingga 5.00petang. Turut dimeriahkan dengan acara-acara yang menarik yang telah disusun oleh pihak bazaria.Antaranya ialah pameran UPP dan INDONESIA, Futsal SULAM '08(pada hari Sabtu sahaja) dan medical check-up.Turut berlangsung semasa program bazaria tersebut ialah Muzakarah Berkelompok.

Jadi marilah bersama-sama kita datang ke Bazaria Asean '08.Pelbagai jenis masakan dan minuman yang dijual.Semoga dengan kedatangan anda semua dapat memeriahkan lagi bazaria ini. Sambil membeli makanan sambil kita boleh menambah thaqafah ilmu.

Di sini,disertakan senarai menu makanan Bazaria Asean '08 bagi memudahkan membuat tempahan dengan tepat dan selamat menjamu selera.

" Pengukuhan Ekonomi Islam, Membawa Keutuhan Ummah "

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "



0 comments

Yuran Tahunan DPMM & PMRAM






sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Buat semua ahli DPMM yang dikasihi Allah S.W.T sekalian. Sebagaimana yang telah kita ketahui, di bawah pengendalian Bendahari DPMM kita hendaklah menjelaskan yuran tahunan DPM dan PMRAM mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti yang tertera di dalam iklan di atas dan untuk memudahkan anda melakukan pembayaran, setiap AJK telah dibahagikan mengikut kawasan. Jadi, keprihatinan anda amatlah dialu-alukan.

Bagi ikhwah, pembayaran boleh dilakukan dengan menghubungi :


  1. Amin Taufiq b Mohd Rifain - 0108818061 (Suq / Dirasat / Tir'ah)
  2. Ahmad Saifuddin b Hamid - 0167579655 (Salam / Murur)
  3. Mohd Rasyidi b Hai Wahab - 0100685547 (Mauqaf Kanan)
  4. Mohd Fauzi Naim b Che Halim - 0104968477 (Mauqaf Kiri / Jawazat)
  5. Mohd Farid b Arbi - 0102497523 (Utubis Jadid / Muhafazah)

Bagi akhawat pula, bolehlah menghubungi :

  1. Nor Asiah bt Mohamad - (Markaz)
  2. Nik Siti Hajar bt Nik Salleh - 0109844685 (Utubis Jadid)
  3. Nor Hafizah bt Ghazali - 0100685634 (Hayyu Syarq / Toiron)
  4. Isliawati bt Ismail - 0100513326 (Depan Kuliah A)
  5. Shukeriah bt Haron - 0114689967 (Depan Kuliah B / Madinah Salam)
  6. Siti Kamilah bt Abdullah - 0161335961 (Mal'ab / Mauqaf Kanan)
  7. Siti Shahirah bt Sohimi - 0103620514 (Belakang kuliah A&B /Mauqaf Kiri)

Segala kerjasama daripada anda semua didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga segala amalan baik kita diterima di sisi Allah S.W.T. Jazakumullahu Khair.

Sekian, terima kasih.

' GEMBLENG KEKUATAN, PASAK KEILMUAN '

0 comments

T-Shirt Festival SULAM '08 dan Bait Mithali




Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua warga mahasiswa dan mahasiswi Mansurah sekalian. Semoga kalian sentiasa diberi petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T. Di sini ada beberapa makluman penting untuk tatapan bersama.



sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Bersempena dengan program mega DPMM iaitu Festival Hari Keluarga Mansurah '08 ( SULAM ), pihak jawatankuasa SULAM akan mengeluarkan t-shirt menarik sebagai tanda kenang-kenangan untuk jualan.

Maklumat jualan adalah seperti berikut :
  • t-shirt labuh untuk akhawat sahaja berharga LE39 manakala ikhwah berharga LE35
  • saiz boleh ditempah mengikut kehendak masing-masing
  • warna pilihan blue black dan maroon
Jika berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi :

- Afiffah 0112709980 / ym : sun_sweet02 <>
- Taqiyuddin 0167650913 / ym : splash_cologne2 <>
- Fathi 0161092500 / ym : aie_artistic5 <>
- Zahirah 0102043184 <>

Perhatian : Tempahan hanya boleh dilakukan pada 1 Mac 2008 dan 2 Mac 2oo8. Tunggu ape lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

" Ikatan disulam, ukhwah disemai "



klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Kehadapan semua sahabat sahabiah, mahasiswa mahasiswi Mansurah, Unit Perumahan DPMM 07/08 kini tampil dengan kempen bait mithali berdasarkan ciri-ciri dan kriteria-kriteria sebagai mana yang telah tertulis di dalam iklan di atas. Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut seruan meribat ukhuwah, membina bi'ah solehah di dalam rumah di samping memberi komitmen terhadap DPMM.

Firman Allah yang bermaksud :

"Peliharalah diri kamu dan ahli kelurga kamu dari api neraka."

" Bertiangkan Ukhuwwah Beratapkan Mardhatillah "

0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger