Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Bersama Menghayati Islam

sila klik untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Buat pengetahuan semua sahabat-sahabat di Mansurah, di bawah kelolaan Unit Dakwah DPMM dan Unit Pembangunan Insan PCM 2007/2008 akan mengadakan dua program seperti berikut:

Iftor Jamaie dan Gema Munajat ( ikhwah sahaja)

Tarikh : 29 Rejab 1429 bersamaan 31 Julai 2008
Hari : Khamis
Masa : 7.30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward, Utubis Jadid

Liqo' Umum - Isra' wa Mi'raj

Tajuk : Menguji Akidah Mukmin
Tarikh : 1 Sya'ban 1429 bersamaan 1 Ogos 2008
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah al-Ward

Dengan sukacitanya anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini di samping menghayati keindahan-keindahan Islam yang terindah dan tidak ternilai.


" Julang Thaqafah Bakti Dicurah "

0 comments

Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT)


sila klik untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan buat semua warga Mansurah. Moga dilimpahi dengan nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Bersempena dengan cuti musim panas ini, di bawah anjuran Unit Pendidikan&Komunikasi PMRAM dengan kerjasama Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) akan mengadakan satu program khas bagi mahasiswa-mahasiswa tahun 3 & 4 seperti berikut :

Hari : Ahad
Tempat : Dewan Solah Kamil

Tarikh : 3 Ogos 2008 bersamaan 3 Sya'ban 1429

Masa : 7.00 pagi

Pendaftaran : LE30


Jangan lepaskan peluang keemasan kerana terdapat banyak acara menarik yang menanti anda seperti forum kerjaya bersama Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan dan ceramah oleh Ust Syed Abd Kadir. Untuk pendaftaran, sila hubungi

Ustaz Azruddin - 0108769
Ustazah Nurul Iman - 0100839285


Sebelum tarikh akhir yang dilanjutkan kepada 29 Julai 2008. Kerjasama daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


"Mahasiswa Berilmu Pemangkin Kemajuan Ummah"

" Julang Thaqafah Bakti Dicurah "
0 comments

Seminar & Bengkel Penulisan [ KELAP ]


Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t.

Berita baik bagi mereka yang meminati bidang penulisan. Kem Latihan Penulis (KELAP) akan menganjurkan Seminar dan Bengkel Penulisan yang bertemakan "Melakar Swadaya Pena". Butiran-butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 4 Ogos 2008 | 2 Syaban 1429
Hari : Isnin
Tempat : Wisma Darul Ridzuan, BKAN Perak, Hayyu Sabiek.
Jam : 8.00 pagi - 6.00 petang

Tarikh Tutup Pendaftaran : 1 Ogos 2008


Pendaftaran boleh dibuat menerusi:

1) Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan DPMM
Ustaz Mohd Fahmi Bin Md Yusop
010-0571202 | myfahmi303@yahoo.com

2) Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI DPMM
Ustazah Athirah Binti Muhamad Ajos
016-1276215 | muslimah5540@yahoo.com


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

1) Ustaz Asri : 016-1544174
2) Ustazah Hazila : 010-3825643


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"


Anjuran:
Kem Latihan Penulis (KELAP)
Badan Penerangan dan Penerbitan & Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

0 comments

Kalam Pimpinan DPMM Sesi 2007/08 [6]

Assalamualaikum w.b.t

Ahli DPMM yang dihormati, sedar tak sedar, rupanya sudah hampir kita kepada bulan ramadhan yang mulia. Sekejap sahaja masa yang berlalu. Masa yang sekejap ini kalau kita gunakan sebaiknya, alangkah bagusnya. Tetapi, masa itu telah berlalu pergi. Bagaimana harus kita kembali? mana mungkin.

Sahabat-sahabat sekalian, masa yang akan datang masih tidak pasti berapa lamanya. Tetapi, yang pastinya ia akan tiba. Saat ajal datang menjelma, sudah tidak ada namanya masa. Kerana masa sudah disudahi dengan kehidupan yang sementara. Saat ini, detik ini dan ketika ini, penuhilah ia dengan perkara-perkara yang berguna. Tiada guna kita dengan membuang masa. Datang ke mari dengan RM2000, pulang ke malaysia dengan LE3000. Berbaloikah? bukan itu saja, malahan wang seharian digunakan sehingga tidak tahu ke mana pergi. Sekiranya untuk tujuan kebaikan dan kebajikan tidak mengapa.

Nabi s.a.w bersabda: "dua nikmat yang kebanyakkan manusia melupakannya, nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang".

Fikirkanlah sahabat-sahabat. Saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan mengatakan bukan semua perkara boleh diperolehi dengan kekayaan sekiranya tiada pengetahuan dan kesedaran murni.

Seperti kata peribahasa Cina ini, "Seinci masa adalah seinci emas; namun jangan pula anda fikir anda berupaya membeli seinci masa itu dengan seinci emas".

Doakan bersama moga kita di beri kekuatan untuk meminpin diri dan masyarakat seluruhnya.



MUHAMMAD AMIRUL HASIM
Setiausaha Agung DPMM,
Sesi 2007/08
0 comments

Seruan Mengingati Perkara yg Memutuskan Segala Kelazatan



Assalamualaikum w.b.t


DI MANAKAH TEMPATKU SETELAH KEMATIAN

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan engkau kemeriahan remaja? untuk apakah kamu habiskan masa remaja mu itu? Tidakkah Aku telah urniakan umur yang panjang? untuk apa umur mu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi ilmu itu kamu gunakan untuk apa?." (riwayat al-Tirmizi: 2416)

Empat perkara yang Allah akan tanya di akhirat kelak, malah setiap perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun sebagaimana firman Allah didalam surah al-Hijr ayat 92-93 yang maksudnya:

"Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya, Tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu."

Sesungguhnya soalan didataran mahsyar kelak tidak akan termampu dijawab oleh lidah, lataran lidah yang petah berkata-kata itu tidak lagi mendatangkan manfaat pada tuannya. Sebaliknya yang menajwab adalah setiap pancaindera, iaitu tangan-tangan mereka sementara kaki pulak akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan. Firman Allah didalam surah yasin ayat 65 yang bermaksud:

"Pada hari ini Kami tutup mulot-mulot mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan"

Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah mereka lakukan semasa didunia dahulu. Lantaran itu tanyalah diri kita balik apakh yang kita lakukan diatas muak bumi ini mengikut jalan-jalan yang di redhoi Allah. Adakah masa remaja kita hanya di habiskan dengan perkara yang sia-sia denagn sibuk menekan-nekan keyboard hingga lengoh jari jemari kita? sekadar mengatakan perkara yang langsung tidak menyumbangkan manfaat untuk islam. Apakah mungkin umur panjang yang Allah kurniakan pada kita di penuhi dengan amal soleh yang boleh memboloskan diri kita dari perhitungan Allah di padang mahsyar nanti? entahkan di terima entahkan di tolak oleh Allah s.w.t. Takut-takut Allah pinta pada malaikat untuk lemparkan balik amalan soleh ke muka kita akibat di cemari dengan sifat 'ujub, tidak merasa segala amalannya dan kehampirannya dengan Allah adalah kurniaan Allah kepadanya bukan atas usahanya sendiri. Alangkah malangnya nasib diri merasakan kitalah yang paling dekat dengan rahmat Allah tetapi hakikatnya kitalah yang paling jauh dari rahmatnya. Mohon di jauhkan. Atau mampukah kita menjawap segala pertanyaan di hadapan Allah kelak berkaitan rezeki yang di salah gunakan oleh kita? guna wang pinjaman mahupun wang zakat untuk top up semata-mata takutkan buah hati muncungkan mulot sedepa dek hanya kerana soalan dah makan ke belum tak berjawab !!!!.

mahupun ilmu yang kiat tuntut di bumi mesir ini sekadar kepentingan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja, bukan lagi kerana Allah. Buktinya kelas UKBA dan kuliah begitu padat, sendat dan ketat sehingga sanggup duduk berhimpit-himpit menadah ilmu hanya kerana exam walaupun macam-macam bau yang menerjah masuk ke dalam lubang hidung hingga menyesakkan nafas tidak lagi di pedulikkan. Hati penuh keazaman untuk najah dalam imtihan bukan lagi untuk lebih mengenal ma'rifah Allah. Kelas tafaqquh pula di pilih-pilih mana yang rasa perlu sahaja lagak pembeli di pasar borong, tidak memandang lagi semua ilmu itu adalah cahaya Allah untuk memandu manusia bagi lebih mengenal dirinya yang sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan fakir malah untuk lebih mengenal Tuhannya yang Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi.

Pastinya tiada siapa yang terkecuali di hari kebangkitan kedua di padang mahsyar kelak, pemimpin mahupun yang di pimpin akan di adili Allah seadilnya pada setiap amanah yang tergalas di bahu selaku hambanya. Tidak akan terlepas meskipun kebaikan dan kejahatan sebesar yang di lakukan walaupun hanya sebesar zarah!!Maka, takutlah kita kepada Allah kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai. Adakah malaikat maut datang dalam keadaan kita sedang melakukan maksiat kepada Allah!!Nauzubillah min zalik.. Tiada berguna lagi sesalan ketika itu kerana bumi telah hancur ketika kita merayu supaya di kembalikan untuk berbuat amal soleh. Di sinilah bermulanya kehidupan baru yang kekal selamanya. Tidak akan berakhir dengan kematian. Sesiapa yang melakukan amal soleh semata mencari keredhoannya maka akan di balas dengan syurga dan barangsiapa yang melakukan kefasadan di dunia ini maka telah menempa balasan neraka untuk dirinya sendiri.

Maksud firman Allah s.w.t didalam surah al-Baqarah dalam ayat 81-82:

"Sesungguhnya sesiapa yang membuat kejahatandan ia di liputi oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka. Mereka kekal didalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, dan mereka akan kekal di dalamnya".

Berkata imam asy-Syafie: {sesungguhnya terdapat sebahagian hamba Allah yang pandai: mereka menceraikan dunia dan mereka takut akan fitnah dunia. mereka melihat dunia, setelah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya dunia itu bukanlah tempat tinggal yang kekal bagi mereka yang hidup. Lantas mereka menjadikan dunia ini sebagai ombak dan mengambil amalan-amalan soleh sebagai kapal untuk bekalan menuju ke akhirat}.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"


Diterbitkan Oleh:
Unit dakwah & Unit Dakwah Hewi DPMM sesi 07/08
14 Rejab 1429 H/ 17 Julai 2008

0 comments

Ramah Mesra Bersama BP dan HEWI PMRAM

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat sekalian, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2007/2008 akan menerima kunjungan hormat Badan Pengurus dan HEWI PMRAM sesi 2008 sepertimana butiran berikut :-

Tarikh :14 Julai 2008 bersamaan 11 rejab 1429H
Masa :2 petang
Hari : Isnin
Tempat : Di Dewan Persada Jazirah al-Ward (DPJA)

Anda semua dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pimpinan dan ahli. Mudah-mudahan program seumpama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli DPMM khususnya.

Sekian Wassalam.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
0 comments

KURSUS PENGURUSAN PROFESIONAL (KPP '08)

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat DPMM yang dikasihi Allah sekalian, InsyaAllah dengan izin-Nya sepertimana maklumat didalam iklan diatas:

Hari : Ahad
Tarikh : 10 Rejab 1429 bersamaan 13 Julai 2008
Tempat : DPJA DPMM
Program :
Kursus Pengurusan Profesional (KPP '08)
Penyertaan :
Terbuka kepada semua ahli DPM Mansurah

Sepertimana di maklumkan, program KPP '08 ini akan di selia dibawah anjuran Jabatan Setiausaha DPMM sesi 2007/2008. Segala maklumat berkaitan program boleh rujuk pada iklan diatas.

Untuk pendaftaran, sila hubungi:
-Ustaz Saiful Hafiz Ahmad Sabiron - 0100716481
-Ustazah Nor Haliza Harun - 0100784629

Penyertaan adalah dialu-alukan, mudah-mudahan segala kerjasama dari semua pihak, program ini dapat di jalankan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

"JULANG THAQAFAH, BAKTI DICURAH"

0 comments

Jadual Imtihan Untuk Mahasiswi Qiraat tahun 1, 2, & 3

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas



Di ambil dari laman BlogRasmi MAQAZ SYUBRA
http://www.mymaqaz92.blogspot.com


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

0 comments

Qolloquium Peringkat 4&5


Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam perjuangan buat seluruh warga mansurah semua, dibawah anjuran Unit Dakwah DPMM dengan kerjasama dari Unit Pembangunan Insan PCM akan mengadakan Qolloquium peringkat 4&5 sepertimana yang tercatat pada iklan di atas.

Penyertaan adalah khusus untuk semua mahasiswa mahasiswi baru samada STAM, Muadalah, Qiraat dan Perubatan sesi 2007/08 ini. Begitupun, penyertaan juga turut terbuka buat pelajar mahasiswa mahasiswi lama.

Pendaftaran adalah sebanyak LE14.00
~ Termasuk fail, kad nama, kertas kerja, sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Antara aktiviti yang menarik :
~
Qiamullail. (sila bawa kelengkapan qiamullail sendiri)
~ Gerak kerja berkumpulan.
~ Slide Show & Presentation.
~ Pertukaran hadiah tidak kurang LE5 (akhowat sahaja)

Sekian untuk makluman semua. Moga apa yang di rancang diberikan ganjaran yang baik buat mereka yang bertungkus lumus menjayakan program ilmiah ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

0 comments

Bicara Santai : Sembang kahwin - Bersama UBM Mansurah

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam bahagia buat seluruh warga DPMM, samada penuntut mahasiswa mahasiswi dari Kuliah Dirasat Islamiah mahupun Pelajar Perubatan. Bersempena dengan cuti musim panas ini, dibawah selia cara oleh Unit Bait Muslim Mansurah (UBMM) akan mengadakan program NUR KASIH '08 buat julung kalinya yang di adakan bagi meraikan walimatul 'urus untuk pasangan yang telah berkahwin diantara ahli DPMM sepanjang tahun 2008 ini.

Antara aktiviti menarik yang di rancangkan bersempena program NUR KASIH '08 adalah program bicara santai : sembang kahwin bagi memberi peluang dan pendedahan terbuka kepada seluruh peserta di bawah slot anda bertanya kami menjawab dalam mengupas isu-isu berkaitan :
~ Urusan pentaqdiman.
~ Prosuder pernikahan di KEDUTAAN.
~ Cerita dari gerbang perkahwinan.
~ Perancangan Keewangan Rumah Tangga.
~ Persediaan sebelum, ketika, dan selepas perkahwinan.
~ Dan Lain-lain lagi yang tentunya menarik dijanjikan untuk anda.

Berhubung dengan itu, UBMM membuka penyertaan kepada siapa yang berminat samada Bait-bait Muslim dari luar Muhafazah Mansurah mahupun BKAN-BKAN. Berikut adalah tentatif program bagi program ini:

3 Rejab 1429 / 6 Julai 2008

Bertempat di DPJA, DPM Mansurah

8.00 am : Kehadiran para ahli DPM
9.00 am : Majlis pelancaran program NUR KASIH ‘08
9.15 am : Bicara Santai : “Sembang Kahwin”
10.15 am : Sesi Dialog (anda tanya kami jawab)
1.00 pm : Solat Zohor berjemaah dan Bersurai.

Moga-moga program ini diberkati oleh Allah, dan diharapkan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertainya dapat hadir beramai-ramai.

"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger