Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh…
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah Taala yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat iman dan islam, selawat dan salam khas buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat penyambung perjuangan baginda seterusnya para pejuang pendokong agama Allah sekalian.
Hari ini bertarikh 17 julai 2010 bersamaan 5 Syaaban 1431 hijriah merupakan tarikh yang sangat bersejarah bagi seluruh mahasiswa dan mahasiswi tahun satu qiraat Shoubra dan Mansurah apabila dibenarkan menduduki peperiksaan bertulis walaupun mahsiswi tidak dapat menduduki peperiksaan secara lisan. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, mahasiswa dan mahasiswi qiraat pada mulanya menghadapi masalah nama mereka tidak muqayyad disebabkan fail dokumen mereka tidak sampai ke Idarah Wafidin.
Pelbagai usaha dilakukan oleh kepimpinan PMRAM Cawangan untuk menangani permasalahan yang berlaku bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan seperti biasa. Beberapa pertemuan diadakan antara wakil PMRAM cawangan Mansurah dengan pihak Maahad bagi membincangkan masalah tersebut. Bukan itu sahaja wakil saff kepimpinan PMRAM Pusat, wakil AJKT PMRAM Cawangan Shoubra, wakil AJKT dan AJK HEWI PMRAM Cawangan Mansurah turut mengadakan perbincangan bersama Prof. Jamil Hashim pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bagi menuntut penyelesaian terhadap masalah ini.
Banyak lagi usaha yang dilakukan oleh pihak pimpinan serta ahli sendiri dalam menghadapi masalah ini. Apa yang saya perhatikan hampir semua mahasiswa di Perlembahan Nil ini mengetahui masalah ini. Ketika Program Solat Hajat dan Penerangan Isu Mahasiswa Qiraat yang diadakan pada bulan Mei lalu, ramai mahasiswa bangun untuk menyatakan kekesalan terhadap perkara ini. Ini menunjukkan kita semua peka terhadap isu yang berlaku dan saling mengambil berat sesama kita. Sifat sebeginilah yang perlu ada dalam setiap diri umat Islam bagi membela nasib sesama muslim.
Walaubagaimanapun keputusan dari pihak Al-Azhar yang menetapkan bahawa mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan Dur Thani memberi nafas baru walaupun ianya sedikit mengecewakan. Ingatlah bahawa semua yang berlaku ini merupakan ujian dari AllahTaala dan yakinlah ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Kita juga perlu ingat bahawa setiap ujian yang berlaku adalah tarbiah dari Allah Taala untuk menguji tahap kesabaran yang ada dalam diri kita.
Kami dari saff kepimpinan HEWI PMRAM Pusat mengucapkan Selamat Menghadapi imtihan khas buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi tahun satu Maahad Qiraat Al-Azhar. Semoga Berjaya dalam imtihan dan beroleh natijah yang cemerlang.
Siiru ‘ala barakatillah.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIYAH”
Samihah binti Abdullah
Naib Pengerusi HEWI III (Unit Muhafazah HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010