Laman Rasmi DPMM Diserang (hack)


Mansurah, 06hb Julai 2010 - Laman rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) telah diserang (hack) oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab.

Pihak MMC telah mendapati kira-kira 176 artikel dan iklan yang telah dimasukkan sejak tahun 2009 telah dihapuskan. Pihak MMC juga telah berusaha untuk mandapatkan kembali semula semua posting yang hilang namun usaha itu masih gagal.

Satu aduan telah dibuat kepada syarikat blogger.com pada 07hb Julai 2010 namun sehingga hari ini masih tiada jawapan balas yang diberikan.

Pihak kami memohon jutaan kemaafan kepada pelayar laman ini khususnya ahli DPMM di atas segala kesulitan yang berlaku.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang bantuan dan cadangan daripada mana-mana pihak bagi membantu dalam mengatasi masalah ini.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”


Pengarah MMC sesi 2009/2010
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger