Konvensyen PMRAM Cetus 3 Resolusi


KAHERAH, 4 Nov - Hasil perbincangan di antara pihak PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan dalam persidangan meja bulat di Konvensyen PMRAM, 3 Reolusi Tindakan dicetuskan untuk tindakan bersama.

3 Resolusi Tindakan tersebut adalah hasil daripada konsep 3 S yang ditekankan di dalam Konvensyen PMRAM pada tahun ini iaitu sistem, sikap dan sedar.

3 Resolusi Tindakan ini dibacakan oleh Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime sambil semua Yang Di-Pertua BKAN dan Pengerusi DPM turut berdiri bersama-sama kepimpinan PMRAM Pusat bagi menggambarkan kebersamaan dalam menjayakan 3 Resolusi Tindakan tersebut.

3 Resolusi Tindakan tersebut ialah :
1- Menyelaraskan silibus Kursus Pengurusan Islam (KPI) di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung PMRAM
2- Konvensyen DPM kali ke-4 pada tahun 2011
3- Menjayakan draf tindakan bersama secara bersistematik.

"Ia adalah Resolusi Tindakan yang telah diputuskan bersama. Maka semua peringkat mesti bersungguh-sungguh dalam memastikan resolusi ini berjaya dilaksanakan," ujar Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Selain itu, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime menekankan konsep 3 S dalam amanat emas dalam merasmikan majlis penutup.

"Kita mahu selepas keluar Konvensyen PMRAM ini, semua pimpinan akan berubah ke arah yang lebih baik dan tersusun. Pastikan sikap sebagai seorang pemimpin akan menjadi lebih baik, kesedaran dalam cakna isu bersama dipertingkatkan dan gerak kerja yang dijalankan lebih bersistematik," tegas beliau.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger