PMRAM Menghadiri Majlis Ramah Mesra Duta Besar Malaysia Kaherah

KAHERAH, 1 Nov - Persekutuan Melayu Repuklik Arab Mesir (PMRAM) telah dijemput bersama dalam Majlis Ramah Mesra meraikan kedatangan TYT Prof Madya Dr Fakhruddin Abd Mukti di atas perlantikan beliau selaku Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

Majlis Ramah Mesra tersebut diadakan di Dewan Besar Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) bermula jam 7.00 malam. Majlis tersebut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai KBMK, Pegawai JPMK, Pegawai-Pegawai Rumah Negeri, serta wakil pimpinan mahasiswa di setiap Badan Kebajikan Anak Negeri.

PMRAM telah diwakili oleh saudara Muhammad Alhidayat bin Khalid, Ketua Badan Ekonomi PMRAM dan saudara Ahmad Huzaifah Fauzi, Ketua Badan Sambutan & Rehlah PMRAM mewakili Presiden PMRAM.

Majlis tersebut wakil PMRAM saudara Muhammad Al-Hidayat Khalid telah diberi penghormatan bagi membacakan Doa Selamat pada pembukaan majlis tersebut.

TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abd Mukti dalam ucapannya menyebut bahawa perlantikan beliau sebagai duta adalah satu penghormatan bagi mahasiswa azhari sendiri kerana beliau juga merupakan kelahiran azhari.

Dalam masa yang sama juga beliau menyebut bahawa selaku mahasiswa azhari, hendaklah menjadikan manhaj Al-Azhar itu sebagai panduan dalam meneruskan kehidupan samada di bumi Mesir ini sehinggalah pulang ke tanah air nanti.

Tambah beliau lagi andainya kehidupan seharian bercanggah dengan manhaj yang telah digariskan oleh Al-Azhar, nescaya hidup tidak mendapat berkat daripada Allah swt.

Di akhir ucapan, beliau menyeru kepada semua hadirin supaya dapat memberi kerjasama yang baik dan padu, dan tidak berpuak-puak sehingga menyebabkan berpecah belah sesama muslim.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger