Kalam Pimpinan DPMM Sesi 2007/08 [7]
قال تعالى : (( فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائـفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا ))
وقال النبى صلى الله عليه وسلم : " العلماء ورثة الأنبياء "
Ikhwaani wa akhawaati muhtaram ;
Dalil-dalil diatas menuntut kita supaya menimba ilmu dengan semaksima mungkin kerana darjat ketinggian seseorang insan itu diukur pada ketinggian ilmunya. Sabda Nabi SAW maksudnya : “barangsiapa yang menginginkan dunia, maka mesti menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat juga dengan ilmu ”.
Dakwah merupakan tanggungjawab pertama yang diperintahkan oleh Allah SWT sebelum solat, puasa dan perintah wajib yang lain. Apabila disebut dakwah, sudah pasti disana ada cabaran, halangan, mehnah dan dugaan yang mesti ditempuhi sebelum tiba ke matlamatnya.
قال تعالى : لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة
Siswa dan siswi Islam yang dihormati ;
Suka untuk saya fokuskan disini ialah tanpa sedar kita kurang meneliti dan memahami hak-hak utama yang dituntut oleh Islam kepada generasi mahasiswa ulama’ muda pewaris anbiya’ yang mana kita adalah aset dan tonggak utama Negara Islam Malaysia.
a) Mendalami ilmu dan berusaha gigih supaya mengenali serta mengi’tiraf kerajaan Allah yang telah dinafikan haknya oleh kemajuan sains & teknologi canggih.
b) Mengambil dan mempelajari Islam bersama ilmunya. Dilihat situasi sekarang, ilmu Islam telah sengaja dicerai-cerakinkan kepada akademik dan agama. Ini jelas menggambarkan kepada kita betapa ilmu Islam itu berjaya disempitkan oleh suasana semasa. Seharusnya kita kembali kepada inzar Allah supaya اقرأ باسم ربك dan انا لله وانا اليه راجعون
c) Menjadi pengamal ilmu Islam secara syumul tanpa memilih situasi-situasi tertentu. Berkata Syeikh Hassan al-Hudhoiby :
أقيموا دولة الاسلام فى حياتكم وصدوركم تقم على أرضكم " ”
Berdakwah ada cabaran, menuntut ilmu memerlukan kesabaran, menjadi hamba Allah yang mukminin juga punya ujian. Dalam keasyikan kita meni’mati hidup kurniaan Allah ini, musuh- musuh Islam tidak pernah berhenti merancang untuk menghancurkan Islam. Ikatan-ikatan Islam telah di robek satu persatu. Secara ringkasnya :
i) أولها الحكم - mendominasi mahkamah dunia, menguasai dan mempengaruhi hakim- hakim mahkamah, memperkenalkan dan mengagungkan sistem perundangan barat
ii) menimbulkan rasa gerun dihati ummat Islam dan masyarakat dunia kepada kebaikan dan mencanangkan kejahatan. Kejahatan di julang tetapi kebaikan di melukut-gantangkan
iii) melalaikan jiwa ummat Islam daripada melaksanakan kewajipan solat yang mana ia berfungsi sebagai kabel kita dengan Allah, pengawal peribadi yang dikendalikan oleh Allah serta benteng ampuh dari melakukan kejahatan. Firman Allah bermaksud : “sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kejahatan dan maksiat kepadaNYA ”
Asdiqaai wa sodiqati fillah ;
Di kesempatan ini, ingin saya menyeru supaya sama-sama kita memperelokkan kembali niat dan mengambil peluang yang ada untuk terus tegar menggali mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman di sini hanya kerana Allah dan untuk Islam. Juga marilah kita berdoa sepertimana doa Nabi Muhammad SAW : اللهم بارك لنا فى الشعبان وبلغنا الى رمضان . Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diredhai Allah… amin
Sebagai akhirnya, agenda tahunan yang dinanti-nantikan pada sesi ini bakal tiba dan saya mewakili pimpinan DPMM mengharapkan cadangan dan kritikan membina daripada semua ahli DPMM bagi memastikan survival kesatuan kita dapat dipertingkatkan demi Islam dan masa depan DPMM. Yang baik itu daripada Allah dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan diri ini. Mohon maaf atas segala kesilapan dan terima kasih atas segala perhatian. Salam perjuangan demi Islam.
Assalamualaikum wrt. wbt
“ JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH ”
Indahnya hidup bersama Islam,
SOLEHAH HAJI HARUN
SETIAUSAHA HEWI
DPMM SESI 2007/2008
Persediaan Diri Sebelum Menabur Bakti

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Perjalanan program adalah seperti berikut:
Hari : Khamis
Tarikh : 28hb Ogos 2008
Tempat : DPJA
Masa : 5.30 petang
Tajuk Program : Teori & Praktikal Tahnik dan Aqiqah serta Pengurusan Jenazah.
Penyertaan : Khusus tahun 3 & 4, Umumnya untuk semua yang berminat.
Pendaftaran : LE2.50 [Kertas Kerja]
Marilah sama-sama kita menjayakan program ilmiah ini, moga di sana akan lahir satu pengalaman serta pengetahuan untuk kita dalam persiapan pulang ke Malaysia. Apa yang pasti hidup ini ada permulaan dan pengakhiran, setiap yang datang akan pulang, dalam seharian ada yang akan di lahirkan dan pula ada yang pulang ke pangkuan. Kita di sini yang mempunyai masa dan kekuatan harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tanpa ilmu diri kita tentu tak kan bersedia untuk berdepan. Sekali lagi marilah sama-sama kita sertai program ini, moga diberkati lagi di rahmati.
Sekian, Wassalam.
Jaulah Fayoum dan Syalalat [akhawat]

Sahabat-sahabat DPM Mansurah yang dikasihi Fillah sekalian. Buat pengetahuan anda semua, Jaulah Fayyoum dan Syalalat (akhawat) yang ditunggu-tunggu telah tiba di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah HEWI DPMM sesi 2007/2008 seperti mana berikut :
Tarikh : 28 Ogos 2008
Hari : Khamis
Pendaftaran : LE37
Waktu : 6.30 ( bertolak)
Jangan lepaskan peluang berjaulah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Daftar segera di markaz 1 dengan mana-mana AJK HEWI yang bertugas kerana hanya 36 orang terawal sahaja yang akan terpilih dan berpeluang mengikuti jaulah ini.
Sekian, Wassalam
Khutbah Nabi Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamunya akan dimuliakan oleh Allah. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijab oleh Allah. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di ketika itu dengan kelaparan dan kehausan di hari kiamat nanti. Bersedekahlah kepada kaum fakir miskin. Muliakan orang yang lebih tua dari kamu, sayangi yang lebih muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahanlah pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang dan pendengaran dari apa yang tidak halal didengar dan kasihilah anak-anak yatim.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu kerana itulah saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai oleh perbuatan-mu, bebaskan dirimu dengan istighfarmu. Tanggungjawabmu berat oleh beban-bebanmu, ringankanlah dengan lamanya sujudmu.
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah swt bersumpah dengan kemuliaan-Nya untuk tidak menyiksa orang-orang yang solat dan orang-orang yang sujud, dan tidak mencampakkan mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju Tuhan alam semesta.
Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi makanan untuk berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, tidak semua kami mampu berbuat demikian”. Rasulullah saw bersabda: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah swt memberi pahala kepada orang yang beramal sekalipun sedikit, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu.”
Wahai manusia! Siapa yang memperindahkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melepasi ujian titian sirathal mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan samada pembantu dan pegawainya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Akhirat nanti. Barangsiapa menahan diri dari melakukan perkara buruk dibulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan kasih sayang-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan ia dengan kasih sayang-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Barangsiapa membaca satu ayat al-Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lainnya.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Manakala Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Imam Ali bin Abi Thalib (a.s) berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulallah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Nabi saw menjawab: “Ya Aba Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah swt.
Kemudian Rasulullah s.a.w menangis. Lalu aku bertanya: Ya Rasulallah, mengapa engkau menangis?
Rasulullah s.a.w menjawab: Wahai Ali, aku menangisi apa yang akan menimpa dirimu di bulan ini (bulan Ramadhan), seakan aku bersamamu dan engkau sedang melakukan solat kepada Tuhanmu, kemudian bangunlah seorang yang paling celaka dari dahulu hingga yang terakhir, ia menebas kepalamu sehingga darah mengalir pada janggotmu.”
Imam Ali (a.s) bertanya: Ya Rasulullah, apakah hal itu demi keselamatan agamaku?
Rasulullah s.a.w menjawab: “Ya, itu demi keselamatan agamamu.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, barangsiapa yang membunuhmu, ia membunuhku; barangsiapa yang membencimu, ia membenciku; barangsiapa yang mencercamu, ia mencercaku; karena sesungguhnya engkau di sisiku seperti diriku sendiri, ruhmu dari ruhku, tanahmu dari tanahku; sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala menciptakan aku dan dirimu, memilih aku dan dirimu, memilihku untuk kenabian dan memilihmu untuk imamah; barangsiapa yang mengingkari imamahmu, ia telah mengingkari kenabianku. Wahai Ali, engkau adalah washiku, ayah dari keturunanku dan suami dari puteriku; khalifahku untuk ummatku dalam hidupku dan sepeninggalanku; perintahmu adalah perintahku, laranganmu adalah laranganku. Aku bersumpah demi Zat yang telah mengutusku dengan kenabian dan memilihku sebagai manusia yang terbaik, sesungguhnya engkau adalah hujjah Allah atas makhluk-Nya, kepercayaan-Nya atas rahsia-Nya, dan khalifah-Nya atas hamba-hamba-Nya.”
(Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah, hlm 79)
Wassalam
Ekspo Gempak PMRAM [EGP '08]


Pelbagai yang menarik boleh di tonton dan di nikmati bersama antaranya;
Ekspo Gempak PMRAM [EGP '08] - BAZAR PMRAM & PAMERAN
SUKAN PMHK ke-51- Sukaneka, acara padang dan dewan, Pengisian Ilmiah, Nasyid & banyak lagi.
Boleh rujuk dalam tentitif program yang disertakan di atas.
atau layari www.egp2008.blogspot.com
Bertempat : Di Dataran Haiyu Asyir Kaherah
Bermula dari : 16-19hb Ogos 2008
Sasaran : Terbuka kepada seluruh Mahasiswa Mahasiswi yang berada di Mesir.
Marilah sama-sama kita gemblengkan tenaga dalam membentuk thaqofah yang berukhwahkan kerana aqiqah dan sesama insan di muka bumi mesir ini. Dan di seru juga kepada seluruh ahli DPMM untuk turun memberi sokongan kepada program yang di anjurkan ini begitu juga kepada semua wakil-wakil sahabat yang mewakili mansurah dalam semua atur cara yang di pertandingkan.
Sekian terima kasih.
Barakah Malam Nisfu Sya'ban
Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 sya'ban).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil.
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
* Artikel di petik dari www.manhal-pmram.blogspot.com
Antara Doa yang di baca oleh Rasullullah di Malam Nisfu Sya'ban
اللهم اقسم من خشيتك ما يحول بيننا وبين معصيتك, ومن طاعتك ما تبلغنا به رضوانك, ومن اليقين ما يهون علينا به مصيبات الدنيا, اللهم امتعنا باسماعنا وابصارنا وقوتنا ما احييتنا, واجعله الورث منا, واجعل ثأرنا على من ظلمنا, وانصرنا على من عادانا, ولا تجعل مصيبتنا في ديننا, ولآ تجعل الدنيا أكبر همنا, ولا مبلغ علمنا, ولا تسلط علينا من لا يرحمنا, برحمتك يا ارحم الراحمين.
Ya Allah, karuniakan kepada kami rasa takut pada-Mu, rasa takut yang mendindingi antara kami dan maksiat pada-Mu; ketaatan pada-Mu, ketaatan yang menyampaikan kami pada ridha-Mu; dan keyakinan sehingga dengannya musibah dunia tidak menghinakan kami. Ya Allah, karuniakan pada kami kemampuan untuk menikmati dengan pendengaran kami, pandangan kami dan kekuatan kami apa yang telah Kau izinkan dalam hidup kami. Jadikan semua itu pewaris dari kami. Jadikan tuntutan kami terhadap orang yang menzalimi kami, dan bantulah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Jangan jadikan musibah kami di dalam agama kami. Jangan jadikan dunia cita-cita utama kami dan tujuan ilmu kami. Jangan jadikan pemimpin kami orang yang tidak menyayangi kami, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. (Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)
Seminar Siasah Islamiah [SiNAR '08]

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Berikut adalah maklumat Program SiNAR '08:
Hari : Rabu
Tarikh : 13 Ogos 2008
Masa : 7am-4.30pm
Pendaftaran : LE3 [termasuk sarapan & kertas kerja]
Tempat : DPJA
Tajuk Seminar : Rujuk Iklan di atas untuk maklumat lanjut.
Mudah-mudahan apa yang di rancang ini di berkati hendaknya kepada seluruh jentera-jentara pelaksana dan peserta program SiNAR '08 samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kami seluruh AJK Pelaksana menjemput seluruh ahli yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama turut meraikan serta mengikuti majlis yang di anjurkan ini. moga di sana kita perolehi manfaat dari apa yang telah di rancang bersama.
Bengkel Karikatur - [AKAR]

Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t.
Berikut adalah maklumat perjalanan program;
Program : Bengkel Karikatur
Tarikh : 12 Ogos 2008
Hari : Selasa
Tempat : DPJA
Masa : 9 pagi
Diharapkan kepada seluruh pecinta-pecinta seni penulisan dapat meluangkan masa bersama-sama esok di tempat dan waktu yang di tetapkan. Kerjasama dari seluruh pihak di dahului dengan ucapan jazakallah khairan khathira.
Di jemput kepada semua.
Sekian terima kasih.
Markaz Sibawaih [ikhwah sahaja]

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Kepada yang berminat;
boleh hadiri temuduga bermula dari jam 10am-6pm
dari tarikh 10-22 ogos 2008 [setiap hari]
sebarang maklumat lanjut boleh hubungi terus:
Pemangku UPEP - Ust Azruddin 010-8769560
Pengarah Nadi UKKAZ - Ust Noor Ihsan 010-6826084
PROSMA Mansurah

klik pada iklan untuk paparan lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t.
Segala bentuk jenis sumbangan ikhlas hendaklah di hantar di DPJA
Sebelum tarikh 11 ogos 2008
Mudah-mudahan dengan apa yang di salurkan dalam sumbangan ikhlas yang dihulurkan oleh saudara saudari semua akan diberi ganjaran yang mulia di sisi Allah dan di kira sebagai amal islami insyaAllah.
Sebarang maklumat lanjut hubungi;
Ustaz Zuhdi 011-9773656
Ustazah Siti Zainatul Asyikin 010-3913878
Ucapan Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah) PMRAM
Assalamualaikum w.b.tSelamat sejahtera kepada semua sidang hadirin pembaca yang melayari laman web rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM).
Selaut kesyukuran yang infiniti saya panjatkan ke hadrat Allah Taala, Rabbul Izzati yang berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu dan mentadbir seluruh cakerawala dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan DPMM kerana sudi memberikan sedikit ruang untuk saya berbicara di dalam ruangan rasmi kampus cawangan Mansurah.
Mansurah merupakan satu-satunya cawangan yang menempatkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang meliputi seluruh bidang pengajian iaitu pengajian agama dan perubatan seumpama kampus induk di Kaherah. Ini merupakan suatu kelebihan yang sepatutnya diambil peluang oleh semua pihak untuk memastikan kelangsungan perjalanan dakwah Islam seiring dengan mahasiswa mahasiswi perubatan.
Secara tidak langsung, pada tahun ini saya selaku Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM sesi 2008 diamanahkan untuk memastikan segala urusan dan perjalanan anak-anak Malaysia di cawangan-cawangan berjalan lancar. Sumbangan idea dan gemblengan tenaga dari semua pihak amatlah dialu-alukan demi memastikan kelangsungan segala program yang disusun oleh AJKT DPMM mewakili PMRAM mampu dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
MOHD RASUL BIN AMAT,
Naib Presiden II,
Merangkap Ketua Lajnah Muhafazah,
Sesi 2008/2009.
Koloqium Ilmuan PMRAM - siri akhir
Dimaklumkan kepada semua mahasiswa/wi baru Muadalah, STAM, Qiraat dan Perubatan, koloqium Ilmuan (Q) siri akhir akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 9 Ogos 2008 bersamaan 9 Syaaban 1429
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : Dewan Sollah Abdullah Kamil
Pendaftaran : LE17 sahaja
Di antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan ialah seperti diskusi kitab, talkshow, gerak kerja berkumpulan dan graduasi kepada peserta-peserta. Sila daftarkan nama anda segera sebelum 5 Ogos 2008 kepada:
Wakil STAM, Muadalah dan Qiraat :-
- Ustaz Zaidi Jusoh | 016-3343409 | wakil dirasat (ikhwah)
- Ustazah Halimatun Mohd Ngalim | 010-2848355 |wakil dirasat (akhawat)
p/s:- kepada semua peserta yang bakal menyertai koloqium ilmuan (Q) siri akhir ini, sila ambil perhatian terhadap perkara-perkara di bawah
- anda diminta mencari maklumat, isi-isi dan segala yang berkaitan dengan tajuk " Halatuju dan cabaran Mahasiswa/wi Islam".
- sila bawa fail lama semasa IQ 4&5 (fail sahaja) dan tag nama untuk digunakan pada hari program.
- sila berkumpul di markaz pada 8 Ogos 2008 pada jam5 petang untuk bertolak ke Kaherah.(akhawat sahaja)
- Tempat penginapan adalah di rumah BKAN masing-masing. Sesiapa yang tiada penginapan, sila maklumkan segera. Harap maklum
IQ Summer Camp & Le Tour De Mansoura
sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas1) IQ Summer Camp & Le Tour De Mansoura
Tarikh : 6 & 7 Ogos 2008 bersamaan 6&7 Syaaban 1429 H
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 7 pagi ( berkumpul di DPJA)
Tempat : Ra'su Bar dan sekitar Mansurah
Yuran : LE30 - tertakluk kepada perubahan ( pengangkutan, penempatan dan jamuan)
- sila bawa kelengkapan untuk bermalam.
2) Le Tour De Mansoura
Tarikh : 7 Ogos 2008 bersamaan 7 Syaaban 1429H
Hari : Khamis
Masa : 6.30 pagi ( berkumpul di DPJA)
Tempat : sekitar Mansurah sahaja
Yuran : LE20 - tertakluk kepada perubahan ( pengangkutan dan jamuan)
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftarkan nama anda segera kepada pihak penganjur.
Jaulah Fayoum 08
Klik pada iklan untuk paparan lebih jelasAssalamualaikum w.b.t
Berikut adalah maklumat Jaulah ;
Tempat Jaulah : Fayoum
Tarikh : 14hb Ogos 2008(ikhwah) 28hb Ogos 2008(akhowat)
Hari : Khamis
Masa : Bertolak Jam 7 pagi (pengembaraan pergi & balik)
Harga : LE60 seorang.(termasuk pengangkutan, tiket, makan)
Destinasi pilihan : Tasik Qorun, Air Terjun, Ain Shillin, Kebun Mangga, Kincir Air Nabi Yusuff)
Maklumat Lanjut :
Ketua USR DPMM : Ust Fakhrul Iman (010-4608385)
Pengarah Jaulah : Ust Rashidi (010-0685547)
Moga-moga apa yang di rancang ini di permudahkan oleh Allah dan di berkati bagi setiap mereka yang terus bergerak dan berusaha untuk membuat usaha amal dalam perjuangan ini. Mudah-mudahan apa yang di laksanakan ini di kira sebagai amal islami dalam kita mengenal sejarah terdahulu dan mengambil sebanyak mungkin ikhtibar dan istifadah dari apa yang di harapkan dalam pengambaraan Jaulah Fayoum kali ini.







