Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Photobucket

Assalamualaikum W.B.T

Buat sahabat yang dikasihi Fillah. Sempena imtihan yang hampir menjelang tiba, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI DPMM 2008/09, menjemput sahabiah sekalian untuk sama-sama hadir ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Persada Jazirah Al-Ward sebagaimana berikut:-

Photobucket


Photobucket
0 comments

Risalah Menjelang Imtihan

Title

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala pujian hanya layak untukNya, tuhan pentadbir alam semesta. Selawat dan salam buat insan terpilih Nabi Muhammad SAW, para sahabat baginda, serta mereka yang menyelusuri jalannya hingga ke akhir hayat dunia. Terpatri sepotong ayat, kalam tuhan yang berbunyi:

ayat quran

Maksudnya: Orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Kami, maka Kami akan membuka jalan seluas-luasnya untuk mereka sampai dan hampir kepada Kami. (Surah Al-Ankabut: Ayat 69)

Saudara-saudari sidang pembaca yang budiman,

Salam motivasi salam inspirasi untuk semua, terima kasih kepada anda kerana sudi membaca nukilan ini, secara tak langsung anda adalah di kalangan yang bertuah. Oleh itu, teruskan membaca. Apabila kita berbicara tentang ilmu, secara tidak langsung ianya bermakna anda sedang memandu diri anda ke masa hadapan. Boleh percayakah bahawasanya kita ini seorang pemandu? Kalau pemandu mesti ada kenderaan yang hendak dipandu, bukankah begitu? Semua orang hendak ke hadapan, tetapi tidak semua orang mampu untuk berdepan. Kalau tidak percaya tengok diri anda sendiri?

word 02

Pernah tak kita mengimbau kembali sejarah muda-muda kita dahulu? Adakah kita sudah lanjut usia? Yalah, sebenarnya usia kita semakin meninggi, seiring dengan usia dunia. Masihkah ingat tatkala diri dibawa pergi ke bumi barakah ini? (Mesir negara kesayanganku) Teringatkah kita ketika mana kaki melangkah berat memasuki gerbang pesawat ke Mesir? Dan pada ketika itu siapakah yang paling hiba perasaannya? Renung mata emak, renung mata ayah, tengok gelagat adik-adik. Pastinya sedih bukan? Halaman pipi disinggahi air mata tanda tidak sanggup akan perpisahan bersama keluarga. Masih terngiang-ngiang kata-kata azimat ibu dan ayah kita pada waktu itu? “Anakku… Sudah tiba masanya untuk kita berpisah buat seketika, dan ingatlah anakku sayang, pergimu bukan bererti engkau lepas bebas, tetapi engkau pergi dengan satu tujuan, menunaikan impian semua. Ingat anakku kita bukanlah orang senang, ayah tiada harta untuk ditinggalkan, melainkan ilmu yang engkau ada. Ayah dah bekalkan engkau dengan agama, amalkanlah setiap masa, buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Pesan ibu jangan engkau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan, jangan ikut keletah rakan-rakan yang tidak ketahuan, gunakanlah peluang ini kerana ianya datang hanyalah sekali, dan ketika engkau kembali nanti ibu dapat bayangkan betapa bahagianya hidup ini, betapa ringannya bebanan yang ditanggung selama ini, bila kau pulang membawa sebuah kejayaan. Anakku janganlah sesekali engkau mensia-siakankan keringat ibu bapamu yang mengharap”. Dan tatkala itu lidah terkelu tanpa dipaksa, deraian air mata terus mengalir turun membasahi halaman pipi, kelopak mata basah sebak menahan kesayuan. Sedihkan ketika terkenang peristiwa semalam?

Sidang pembaca yang dikasihi,

Ibu ayah tidak pernah mengharap intan permata sebagai balasan penat lelah mereka menyara kita sehingga ke saat ini dan juga tidak pernah meminta walaupun sesen! Cuma apa yang dia harapkan hanya kepulanganmu membawa sebuah kejayaan. Itu saja. Tapi kenapa kita… (Ya Allah… Aku dah tipu ibu ayah aku ya Allah, aku dah khianati mereka ya Allah, aku memberitahu mereka bahawasanya aku belajar di sini. Namun aku telah menipu ya Allah. Aku banyak leka, aku banyak bermain, aku banyak tidur!!! Aku anak derhaka! Aku hanya pandai menghabiskan duit ibu ayahku semata-mata). Wahai azahari azhariah sekalian, mahukah kita digelar sebagai PENGKHIANAT??? Pengkhianat diri, bangsa dan agama? Insaflah diri kita wahai sahabat penuntut ilmu, ketahuilah kita sebenarnya pemikul amanah agama. Semua ini terpundak ke atas bahu kita.

Sahabat-sahabat seperjuanganku sekalian,

Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita, mencari kembali tujuan sebenar kita datang ke sini. Tepuk dada tanyalah iman. Datangnya kita ke sini sebagai ikon penuntut ilmu, maka bekerjalah sebagai orang yang dahagakan ilmu pengetahuan dan usahlah sampai kita tersimpang dari landasan sebenar. Perbaharuilah niat kita selalu. Niat belajar untuk mencari keredhaan Allah dan Insya Allah, Dia tak akan mensia-siakan usaha hambanya. Janji tuhan mesti diyakini.

word 01

Azhari azhariah teman seperjuanganku sekalian,

Untuk akhirnya saya menyeru kepada diri saya dan semua mahasiswa-mahasiswi Mansurah, sama-samalah kita berusaha dan berazam untuk merialisasikan sasaran DPMM 2004-2009 agar ia menjadi satu kenyataan. Ayuh kita sedar, sememangnya bahang peperiksaan kian terasa, ombak gementar kian bergelora, detik waktu kian berlalu, impian telah dibina, usaha mesti diteruskan, teruskan memburu kejayaan.

Akhir kalam saya selaku ketua unit pengetahuan dan pendidikan DPMM 08/09 mewakili unit pengetahun dan pendidikan HEWI 08/09, seluruh jentera UKBA dan NADI UKKAZ serta seluruh barisan kepimpinan sesi ini memohon kemaafan atas segala ketelanjuran dan mengucapkan selamat menjalani peperiksaan dengan cemerlang. Cemerlang kita cemerlang bersama.

Sekian.

Abd. Rahman Bin Yusoff

Ketua
Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,
Sesi 2008/2009

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH
0 comments

Makluman Daripada Unit Hisbah DPMM

00 title

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

01 hisbah

02 hisbah
0 comments

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1429 H

korbantitle

8 Disember - Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Adha 1429 H peringkat DPM Mansurah disambut dengan meriah dan penuh sederhana. Majlis solat sunat Hari Raya Aidil Adha diadakan khas untuk mahasiswi berlangsung di Dewan Persada Jazira Al-Ward (DPJA) dan di Bait Darul Marjan. Turut juga diadakan majlis solat sunat hari raya di kawasan mahasiswi perubatan Universiti Mansurah yang turut melibatkan beberapa mahasiswa Kuliah Al-Azhar yang dijemput untuk menjadi imam dan khatib.

korban01

Sejurus selepas solat sunat hari raya, majlis korban diadakan di hadapan DPJA yang dihadiri kira-kira 50 orang ahli. Sembelihan pertama adalah kambing (khoruf) dan sembelihan kedua adalah kerbau.

Sembelihan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi telah selamat disempurnakan oleh Ustaz Salman Maskuri yang merupakan mahasiswa peringkat Sarjana, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

korban02

Menurut ketua urusetia bagi majlis korban ini, Ustaz Alif Junaidi bin Abdullah, beliau bersyukur pada tahun ini kerana ada beberapa pihak sudi menghulurkan sumbangan binatang korban kepada pihak DPM Mansurah.

korban03

"Alhamdulillah pada hari ini kita telah berjaya mengorbankan tiga binatang korban yang berbeza iaitu kambing, lembu dan kerbau. Juga ucapan terima kasih kepada semua di atas sumbangan anda dalam membantu dan melicinkan majlis korban ini," katanya yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan (UKKK) DPMM.

korban04

Ujar beliau lagi, seekor lembu telah selamat pada jam 7.00 malam yang mana ianya telah disumbangkan oleh Dr Ahmad 'Anani bin Abdul Rahman yang merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mansurah. Sembelihan ketiga ini telah disempurnakan oleh warga tempatan.

korban05

Turut serta di dalam majlis ini ialah Pengerusi DPMM, Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain serta Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) DPMM yang turut berganding bahu dan turun padang bersama-sama ahli dalam melapah, memotong serta mengagihkan daging korban. Beliau mewakili seluruh kepimpinan DPMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi turun bersama-sama dalam menjayakan majlis korban ini.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


0 comments

Risalah Al-Izzah Edisi Zulhijjah 1429 H

Sila Klik Untuk Paparan Yang lebih Jelas

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


0 comments

Makluman Hari Raya Aidil Adha 1429 H

Makluman Pertama

Majlis Solat Hari Raya Aidil Adha
PMRAM 2008

Sila Klik Untuk Paparan Yang lebih Jelas


Makluman Kedua

Majlis Takbir
Raya Aidil Adha 1429 H

iklan takbir aidil adha

Salam Aidil Adha buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Dengan sukacitanya, dijemput kepada semua ahli DPMM ikhwah, untuk bersama-sama menghadiri Majlis Takbir Malam Aidil Adha yang dikelolakan oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMM Sesi 2008/2009. Maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh: 10 Zulhijjah 1429 / 07 Disember 2008

Hari: Ahad

Masa: 7.30 malam

Tempat: DPJA, Utubis Jadid

**ikhwah sahaja**

Dengan kesempatan yang ada ini,marilah sama-sama kita memeriahkan suasana sambutan Aidil Adha dengan laungan takbir dan juga merapatkan lagi ukhuwah sesama kita. Semoga ibadat kita diterima Allah dan sebarang makluman bolehlah dirujuk pada iklan di atas.


Sekian, terima kasih.

Makluman Ketiga

Lokasi Solat Sunat
Hari Raya Aidil Adha 1429 H
Untuk Mahasiswi DPM Mansurah

Sila Klik Untuk Paparan Yang lebih Jelas

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
0 comments

Pekeliling Keselamatan DPMM 08/09

sila klik pada iklan untuk mendapat paparan yang lebih jelas.
0 comments

Kempen Simpati Dan Sehati Umat Islam

Sertai Kempen Simpati Dan Sehati Umat Islam Gaza.

Komuniti Mini Pavillion "From Palestine With Love" (MAP), sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM sedang menganjurkan kempen Simpati dan Sehati Terhadap Gaza. Menurut Pengarah MAP, Ustaz Abdul Muin Abdul Manan berkata, kempen tersebut adalah bagi bertujuan memberikan kesedaran kepada ahli PMRAM khasnya mengenai penderitaan saudara seIslam di Gaza yang terancam akibat sekatan yang dikenakan Israel ke atas mereka.

Menurut beliau, hingga kini seramai 256 orang telah menjadi mangsa korban akibat bekalan air, elektrik dan tenaga yang diputuskan ke seluruh semenanjung itu.

"Komuniti MAP meminta lampu rumah dipadamkan selama hanya 5 minit pada hari Selasa 2 Disember ini tepat jam 8 malam bagi bertujuan kita berkongsi sama dengan apa yang saudara kita rasai di Gaza. Kita hanya bergelap 5 minit berbanding mereka yang telah lama mengalami penderitaan ini," ujar beliau. Oleh itu, beliau menjemput seluruh ahli PMRAM agar menjayakan kempen ini.

" Jika yang berada di kelas-kelas pengajian kitab kuliah bersama kawan-kawan juga boleh lakukan sedemikian. Ayuh kita lakukan bersama, bukan anda sahaja tetapi kita semua," jelas beliau lagi.

Untuk makluman lanjut, boleh layari blog MAP http://minipavilion.blogspot.com/.

sumber dari: http://www.pmram.org/

0 comments

Motivasi Pembakar Semangat

DPJA, Utubis Jadid, 1 Disember - Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA), adalah salah satu unit khas di bawah Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM), telah berjaya menganjurkan program Motivasi Injeksi Mandiri (M.I.M)'08 pada 29 November lalu. Program motivasi ini dianjurkan sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi peperiksaan fasa 1 yang akan menjelma lebih kurang sebulan lagi.

Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 pagi, dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Program M.I.M '08, iaitu Ustaz Amir Hamzah b.Kamil.Dalam ucapannya,beliau mengharapkan agar program ini dapat memberi manfaat dan seterusnya dapat memotivasikan diri agar lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menempuh peperiksaan.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan kalam dari Ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan(UPEP) DPMM 08/09,iaitu Ustaz Abdul Rahman b. Yusoff dan majlis disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi DPMM Sesi 2008/2009, Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain. Dalam ucapan beliau telah menegaskan bahawa betapa perlunya menuntut ilmu tanpa mengira had batasan umur.

"Letakkan diri kita setinggi langit, jangan meletakkan diri kita serendah rumput, kelak akan dipijak orang. Harapan saya agar mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar tidak mensia-siakan ilmu yang dipelajari agar dapat mencapai sasaran DPMM 2004-2009 iaitu thaqafah dan sifar rasib," katanya yang juga turut merasmikan majlis perasmian.

Majlis diteruskan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhamad Zuhaili Saiman, Ketua Badan Ekonomi PMRAM.

Di dalam ceramah motivasinya, Ustaz Muhamad Zuhaili mengatakan bahawa motivasi ini perlu sebagai semangat atau peransang atau tazkirah. Di samping itu juga, beliau turut menyatakan bahawa perlunya wujud rasa cinta pada ilmu dan meletakkan matlamat yang tinggi untuk berjaya. Selain itu, membuat jadual belajar yang sistematik juga perlu supaya tidak berlaku 'study last minute'.

Beliau juga turut menyatakan tiga sebab doa tidak dimakbulkan. Antaranya ialah:-
  • Sebab Allah menggantikan dengan benda yang lain.
  • Allah menggantikannya di akhirat.
  • Allah menggantikannya dengan menolak bala.
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi soal jawab bersama penceramah motivasi dan majlis berakhir sekitar jam 12 tengah hari.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger