Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Sekalung Tahniah Buat PMRAM : Berjaya Melaksanakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Assalamualaikum W.B.T.H

Sabda Nabi Sallahualaihiwaaliwasallam :

“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).

Ucapan dan sekalung tahniah yang tidak terhingga buat PMRAM Pusat dan Ahli JawatanKuasa pelaksana dalam menjayakan Majlis Pembacaan Kutub Siitah yang telah berlangsung bermula 17 Oktober 2009 hingga 21 Oktober 2009 baru-baru ini. Majlis yang julung-julng kali diadakan ini telah memberi seribu satu keberkatan buat PMRAM Pusat dan seluruh mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Photobucket

Kita telah melihat bagaimana rentetan perjalanan sebelum majlis ini bermula. Kegigihan dan usaha gigih Ahli Jawatankuasa pelaksana akhirnya membuahkan hasil dengan berakhirnya program ini pada hari semalam (21 Oktober 2009).Moga-moga Allah subahanahuwataala dapat membalas jasa dan pengorbanan kalian yang telah banyak membantu secara sukarela dalam merialisasikan usaha yang suci murni ini.

Photobucket

Moga-moga majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa/wi Al-Azhar yang cintakan ilmu Islam. Semoga kita semua dapat mempraktikan ilmu Islam yang ada ini melalui tingkah laku dan peribadi mukmin selaku seorang muslim. Saya mengajak seluruh sahabat-sahabat untuk kita sujud dihadapan Allah menyatakan rasa syukur yang tidak terhigga kepadaNya. Moga-moga Allah membalas dengan yang lebih baik di atas rasa syukur ini kepadaNya.Dua rangkap pantun buat AJK pelaksana :-

Jerit dan perih perkara biasa,
Dalam berjuang kita merasa,
Jangan rasa hiba dan nestapa,
Atas apa yang kita terima.

Majlis selesai penuh thaqafah,
Ucapan bermakna penuh nilainya,
Julang Thaqafah Bakti Dicurah,
Tema PMRAM jadi taruhannya.

Sekian. Wassalam


"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah,
Sesi 2009/2010.
1 comments

Zikir : Ihya' Lail Juma'ah

Photobucket

Utubis Jadid, 15 Oktober 2009
: Majlis Ihya' Lail Juma'ah yang diadakan setiap minggu anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMM disambut baik oleh ahli DPMM. Ini menunjukkan bahawa ahli DPMM amat menggemari majlis-majlis zikir dan mengingati Allah diadakan.

Majlis Ihya' Lail Juma'ah ini yang kebiasaan diadakan bacaan surah yasin dan surah-surah yang ditetapkan seperti difahami ahli. Namun pada sesi ini, sedikit kelainan. Majlis pada kali ini mengajak ahli beramai-ramai untuk berzikir.

Photobucket

Turut disediakan pada majlis Ihya' tersebut seperti ruangan penyampaian maklumat dari seluruh AJKT sesi 2009/2010. menunjukkan kepimpinan sentiasa bersama ahli dalam menyampaikan segala perkembangan terkini.

Disamping itu, berikutan kes cubaan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah JPMK menggagalkan program Bacaan Kutub Sittah, pada malam tersebut kami momohon solat hajat beramai-ramai bermunajat kepada Allah supaya program mendekati para Ulama' dan
menghayati ilmu agama ini tidak dibatalkan.

Selesai sahaja solat hajat, dihidangkan kepada hadirin dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Muslimat.

Photobucket

Majlis diakhiri dengan jayanya pada jam 9.00 malam. Diharap kepada mereka yang berkelapangan, dapat menghadirkan diri pada minggu seterusnya. Marilah kita menghidupkan hati kita dengan berzikir kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa mengingati antara satu sama lain.
0 comments

HEWI PMRAM Rai Program Hari Pengetahuan Dan Silaturrahim

KAHERAH – Kepimpinan HEWI PMRAM telah bersama-sama meraikan program yang di anjurkan oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru iaitu Hari Pengetahuan dan silaturrahim di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN).Antaranya ialah BKAN dari negeri Pahang, Kedah, Johor, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Antara objektif program tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa baru tentang suasana bumi Mesir, pengajian Al-Azhar, keselamatan, kesihatan dan mengeratkan ukhuwah di antara mahasiswa baru dan lama.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah di isi dengan pelbagai bentuk pengisian, antaranya ialah Gerak Kerja berkumpulan, Tazkirah, Ceramah, Pembentangan dan sebagainya. HEWI PMRAM juga menggunakan kesempatan ini untuk mendekati mahasiswa baru dengan diberi peluang untuk menjadi pengisi di dalam slot yang telah diatur oleh pihak BKAN.Namun begitu, ada segelintir pihak yang datang ke Mesir ini secara persendirian mengambil sikap enteng untuk tidak menyertai agenda yang telah diatur oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru.

Statistik yang dibuat terhadap kedatangan mahasiswa baru ke bumi Mesir menunjukkan bahawa bilangan mahasiswa pengajian perubatan melebihi angka mahasiswa pengajian Islam. Namun begitu pihak kami dapat merasakan bahawa gabungan antara dua golongan mahasiswa ini mampu menghasilkan satu sinergi keintelektualan bagi mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia ke arah menjalani kehidupan Islam yang sebenar.

Semoga kedatangan mahasiswa baru ke bumi Mesir ini dalam pelbagai jurusan bidang pengajian akan membuahkan hasil yang lumayan di peringkat tampuk kepimpinan di Malaysia kelak mengikut acuan Islam. Siiru ’ala barakatillah buat mahasiswa baru dalam mengharungi dunia kemahasiswaan di bumi barakah ini. Kalian mampu untuk menjadi agen perubah masyarakat.

Dari http://www.pmram.org/
0 comments

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Berlangsung Baik

Photobucket

Kaherah, 17 Oktober
- Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Berkat usaha gigih serta doa daripada semua pihak, Allah mengizinkan majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dan masalah yang tidak diingini.

Sesi pendaftaran para peserta bermula seawal jam 8.00 pagi dan majlis perasmian disempurnakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Para peserta terpegun dan bersemangat dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Usamah. Turut bersama dalam majlis perasmian adalah al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq.

Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib. Pada hari pertama program, dianggarkan lenih daripada 630 peserta yang hadir bagi menjayakan majlis pembacaan hadis tersebut.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

Semoga usaha murni Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh Al Azhar dilimpahi keberkatan, rahmat dan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t serta dapat diteruskan sehingga keakhirnya. Majlis tersebut akan diteruskan sehingga ke hari terakhir pada 20 Oktober 2009. Segala maklumat lanjut, bolehlah merujuk terus kepada laman blog rasmi Majlis Pembacaan Kutub Sittah di alamat www.kutubsittah-pmram.blogspot.com

Dari http://www.pmram.org/
0 comments

Mahasiswa Perlu Terjun ke Medan Masyarakat

Photobucket

Utubis Jadid, 12 Oktober 2009 : Program Ceramah Motivasi yang bertajuk Peranan Mahasiswa Al-Azhar anjuran Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM sesi 2009/2010 mendapat sambutan seluruh Mahasiswa yang berada di cawangan Mansurah.

Program bermula jam 1.30 petang itu dibuka tirai oleh Pengerusi Majlis Al- Fadhil Us Abdul Hafiz Bin Mat Tuah dengan membaca Ummul Furqan. Seterusnya Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 Al- Fadhil Us Amirul Bin Hasim. Beliau banyak menegaskan kaitan menuntut ilmu dan kefahaman dalam melaksanakan ilmu tersebut. Kata beliau, ilmu yang kita pelajari perlu diberkati dan tidak dapat tidak perlu bertalaqqi bukan hanya dengan membaca sendirian, bimbang tersalah faham. Panjang lebar ucapan nasihat ilmiah yang disampaikan.walaubagaimanapun berakhir jua memberi laluan kepada tetamu kehormat yang akan memberi suntikan motivasi buat Mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di bumi Mansurah ini.

Masa yang dinantikan sudah tiba, seperti dirancang. Majlis diteruskan dengan menjemput Al Fadhil Yang Berhormat Ustaz Taib Azamuddin Bin Mohd taib dengan diiringi Pengerusi Slot Us Amin Taufiq Bin mohd Rifain. Kalam Motivasi yang disampaikan sememangnya membakar jiwa semangat buat kami untuk terus menuntut ilmu dan berjuang mempertahankan Islam tercinta.

Beliau memulakan ceramah Motivasinya dengan, kalam seorang Hukama': " Sesungguhnya barang siapa yang tidak menghiraukan ulama' maka dia akan hilang akhiratnya, barang siapa yang tidak menghiraukan pemerintah maka dia akan hilang dunianya dan barang siapa yang tidak menjaga pergaulannya maka dia hilang maruahnya..". Begitulah matan yang telah dihuraikan panjang lebar membuatkan Mahasiswa terus bersemangat dan akan sentiasa berkorban untuk menegakkan Islam.

Tegas beliau, Mahasiswa Al Azhar perlu belajar bersungguh-sungguh, apabila pulang ke tanah
air nanti tunaikanlah amanah ilmu ini. Sesungguhnya ilmu yang kita pelajari jika ianya diiringi dengan keimanan pastinya kita akan melaksanakan mengikut tuntutan Islam.

Turut ditegaskan, Mahasiswi khususnya juga merupakan harapan ummah, hari ini semakin kurang terkedepan untuk menyuarakan demi membela Islam dalam beberapa isu. Terutamanya dalam menentang beberapa NGO yang telah membantah apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Apakah kita hanya bersemangat ketika kita berada di sini sahaja? Persoalan ini ditimbulkan, tepuk dada tanya iman.

Ditambah juga beberapa cerita dan pengalamanya semasa berada di bumi Mesir sekitar tahun
1976 dan selainya. Pengalaman suka duka yang mencuit hati para hadirin.

Setelah itu maka berakhir ceramahnya, kemudian dibuka beberapa persoalan untuk para hadirin yang hadir. Soalan yang ditanya oleh ust. Amir Hamezah bin Kamil yang bebunyi, Seperti kata Saidina Umar Al Khattab, "..Tiada Islam tanpa Jamaah, dan tiada jamaah tanpa kepimpinan,tiada kepimpinan tanpa ketaatan..".Soalanya : "Adakah kita sepatutnya mewujudkan pesatuan lain jika sesebuah persatuan itu kemungkinan ada beberapa kelemahan? sebagai contoh di sini kita ada PMRAM dan naunganya!. Soalan yang dilontarkan dijawab dengan mudah bahawa jika mengikut waqi' kita berada di Mesir ini perlulah mendukung PMRAM dan Persatuan yang dinaunginya. Jika PMRAM lemah, maka bantulah PMRAM, bukan memusnahkanya dengan menubuhkan kumpulan-kumpulan lain.

Maka berakhirlah ceramah motivasinya yang penuh bertenaga itu, walaupun pada asalnya rombongan ke bumi Mesir ini hanyalah untuk menziarahi anaknya. Oleh kerana, Menggunakan peluang yang ada pihak DPMM menjemput seluasnya untuk berkogsi ilmu, isu semasa dan pengalamanya.

Majlis berakhir pada jam 3.30 petang dan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul asr.
0 comments

Program Sambutan Mahasiswi Baru Qiraat Merapatkan Ukhuwah

Photobucket

Utubis Jadid, 7 Oktober 2009
: Majlis bagi Mahasiswa/wi baru siswi Qiraat khususnya yang baru sahaja tiba pada 30 Septermber 2009 seramai 22 orang dan 6 Oktober 2009 seramai 10 orang telah berjalan lancar dan mengeratkan lagi ukhuwah antara siswi baru Qiraat.

Majlis bermula pada awal jam 10.30 pagi dengan pembukaan bacaan ayat suci Al Quran Karim oleh Al Fadhil Tuan Azman B. Tuan Mat. Seterusnya majlis bermula dengan ucapan oleh Pengarah Unit sambutan Mahasiswa Baru Mansurah Al Fadhil Ustaz Abdul Kadir B. Umar sebagai pembuka bicara ucapan. Pada ucapan beliau menegaskan bahawa Unit Sambutan Mahasiwa Baru antara organanisi saban tahun ditubuhkan bagi membantu permudahkan urusan di kalangan mahasiswa yang baru tiba di bumi anbiya' ini. Selesai sahaja ucapan Pengarah maka disambung pula dengan ucapan Al Fadhil Us Mohd Amirul Bin Hasim selaku Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 dengan kalamnya yang disifatkan sebagai jami' dan mani'. Dalam ucapanya beliau lebih menegaskan kepada mahasiswi bahawa amanah seorang penuntut ilmu yang telah dipilih untuk hadir ke bumi anbiya' hendaklah ditunaikan dengan sebaiknya.

Seterusnya ucapan yang dinanti-nantikan, perasmian bagi majlis siswi baru ini dengan penuh ta'zimnya disampaikan oleh alFadhil Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman selaku Badan Kebudayaan Kesenian dan Sukan PMRAM 2009. Ucapan yang umpama seorang ayah kepada para mahasiswi baru amat membuatkan mereka merasa senang untuk mengenali apa itu PMRAM. Telalu banyak kalam mutiara yang disampaikan untuk tatapan dan nasihat buat mahasiswi baru. Beliau banyak menasihatkan agar hafiz Al Quran bukan hanya sekadar menghafaz Al Quran semata-mata, bahkan perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab mengamalkan isi kandungannya.

Photobucket

Majlis diteruskan dengan tayangan slide show PMRAM, dengan menerangkan peranan PMRAM sebagai pesatuan yang banyak memberi kebajikan kepada ahlinya. Seterusnya pelbagai agenda menarik dihidangkan antaranya berta'aruf bersama saf kepeimpinan DPMM sesi 2009/2010,serta diteruskan beberapa slot pengenalan awal persatuan induk iaitu PMRAM dan persatuan yang dinaunginya seperti Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM).

Photobucket

Majlis yang dipengerusikan oleh Us. Mohd Yasir B. Mohd Razdi berakhir pada jam 4.30 petang dan kemudianya diteruskan dengan slot khas buat siswi iaitu bicara ukhuwah yang dikelolakan oleh Ustazh Nadiah Binti Che Yusof, bagi mengenali secara lebih rapat terutamanya kalangan siswi. Sekitar jam 5.15 malam majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan Suratul Asr.
0 comments

Dana Syaqah PMRAM 2009

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji kita panjatkan pada RABBUL JALIL dan selawat serta salam kita sertakan pada JUNJUNGAN kita Saidina Muhammad serta para zuriat dan keturunanya. Kepada para sahabat - sahabat rasul yang senantiasa menyambung wasilah perjuangan baginda serta para mereka yang mengikuti dari semasa ke semasa hingga ke hari qiamat.

sahabat- sahabat sekalian,

Ana mengucapkan setinggi terima kepada semua ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah kerana memberi peluang pada insan yang kerdil ini memegang amanah yang dipundakkan di atas bahu ana sebagai Tim. Setiausaha Agung ( Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan) DPM Mansurah sesi 09/10.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai wadah pejuangan mahasiswa/wi melayu Islam di Republik Arab Mesir. Sesungguhnya setiap perjuang yang mendaulatkan Islam memang wajar disertai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kerja dakwah. Sesuai dengan firman ALLAH s.w.t pada ayat kedua dari surah Al- Mulk :

"yang menjadikan kematian dan kehidupan sebagai menguji kamu siapayang paling baik amalanya "
Ayat diatas sesuai dengan mutiara indah dari seorang figur dakwah Ikhwan Muslilmin , Syeikh Mustafa Mashur :

"sesungguhnya setiap jalan dakwah disertai oleh cabaran dan tribulasi, sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran dan ujian, ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana para rasul-rasul terdahulu perjuangan mereka disertai onak dan duri"

sahabat- sahabat sekalian,

Untuk pengetahuan , PMRAM ketika dahulu menjalankan segala operasi pentadbiran di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA). Ketika 1994 PMRAM mendapat notis untuk mengosongkan pejabatnya di ARMA bagi memberi kepada pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) untuk membaiki kerosakan ARMA.

Walaubagaimanapun setelah ARMA dibaiki pulih, PMRAM tidak dibenarkan kembali pada pejabat asalnya di ARMA. Akhirnya PMRAM terpaksa menyewa sebuah apartmen bagi menjalankan operasi pentadbiranya . Namun dugaan kepada hambaNya tetap datang bagi menguji sejauh mana istiqomah seorang hamba pada jalan dakwah. PMRAM terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga sewa dari setahun ke setahun. Pada bulan November 2008 harga sewa meningkat pada LE 1800.

Atas kesedaran ahli PMRAM, pada 2006 ahli PMRAM telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat membeli dan memiliki apartment sebagai pejabat rasmi PMRAM. PMRAM telah meletakkan target pada tahun tersebut untuk mengumpul LE 1.5 juta. Ketika mana MUKTAMAR SANAWI PMRAM ke 76 pada tahun 2009 salah seorang mantan pimpinan PMRAM telah mencadangkan usul yang berbunyi:

",menjayakan pembelian syaqah PMRAM akhir 2009"

Bagi menjayakan matan usul ini, semua ahli perwakilan muktamar telah bersetuju bagi menjayakan usul tersebut. Mekanisme yang boleh kita jayakan adalah:

1) Bayaran tunai LE 300
2) Bayaran ansuran LE 300 selama 3 bulan
3) Bayaran ansuran LE 300 sehingga akhir DISEMBER
4) Sumbangan dan derma ikhlas kepada Tabung Dana Syaqah PMRAM
5) Bagi pelajar yang ingin pulang ke tanah air, disarankan untuk membawa proposal
dana syaqah
6) Mendoakan dan solat hajat supaya hasrat PMRAM memiliki syaqah terlaksana pada
akhir tahun ini.

sahabat- sahabat sekalian,

Apa tujuan PMRAM berhasrat memiliki apartmen pentadbiran sendiri?
1) Melincinkan perjalananpentadbiran PMRAM
2) Mengurangkan kos perbelanjaan bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan
3) Mempunyai hak mutlak diatas pengurusan pejabat PMRAM

Untuk kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009, Misi Dana Syaqah di bawah Naib Presiden 3 selaku Badan kebajikan dan Kemanusiaan. PMRAM berhasrat untuk memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada akhir 2009 ini. Marilah kita bersama merialisasikan hasrat kita bersama bagi memartabatkan Islam dan perjuangan mahasiswa/wi melayu islam di perlembahan Nil ini.

Akhir kalam selamat kita menjayakan DANA SYAQAH PMRAM dan terima kepada mereka telah memberi sumbangan derma bagi menjayakan misi ini secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan ALLAH dapat membalas kebaikan antum semua. Amin ya ALLAH.


"JULANG THAQAFAH BAKTI DI CURAH"


Muhammad Aliffudin b Ramlee
Tim. Setiausaha Agung
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
5.50 pg (10/10/2009)
0 comments

3 Oktober 2009 Tarikh Permulaan Sesi Perkuliahan Bagi Universiti Al Azhar dan Universiti-Universiti Sekitar Mesir

Setelah sekian lama bercuti, kini sesi perkuliahan di Universiti Al Azhar akan membuka tirainya tidak berapa lama lagi. Tarikh 3 Oktober 2009 merupakan tarikh rasmi permulaan sesi perkuliahan Universiti Al Azhar serta universiti-universiti yang berada di sekitar negara Mesir. Kenyataan ini telah dibuat di beberapa akhbar terkemuka di Negara ini. Justeru, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan selamat menjalani sesi baru perkuliahan untuk sesi 2009/2010. Pihak PMRAM juga mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia memanfaatkan waktu yang sebaiknya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah. Selain itu, pihak PMRAM amat mengharapkan agar mahasiswa/wi tidak leka dan culas terhadap apa jua urusan pendaftaran sesi baru dan diharapkan agar dapat membuat urusan seawal mungkin bagi mengelakkan mengganggu waktu perkuliahan yang berjalan. Semoga dengan kehadiran sesi perkuliahan yang bakal menjelang ini dapat memberikan momentum terbaik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Sumber : http://www.pmram.org
0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger