Misi Mumtaz Imtihan (MMI '10)

Antara subtopik yang diucapkan oleh presiden dalam Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2010 ketika Muktamar Sanawi kali ke-77 yang lepas ialah “Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama”.

Justeru sebagai langkah permulaan ke arah menuju matlamat tersebut sukacita dimaklumkan bahawa Badan dan Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM akan mengadakan Motivasi : Misi Mumtaz Imtihan (MMI ’10) yang akan menampilkan ahli panel yang terbaik pada 7 november 2010 akan datang.

Turut memeriahkan motivasi pada hari tersebut dengan penampilan istimewa kumpulan nasyid rasmi PMRAM iaitu al-Wadi.

Oleh yang demikian pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat dalam program tersebut.

Segala maklumat berkaitan tempat dan lain-lain pengisian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger