Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Kolokium Ilmuan Siri-2




sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.


Assalamualaikum w.b.t


Sebagai makluman kepada semua mahasiswa/wi baru DPM Mansurah Sesi 2007/2008 khasnya dan amnya buat semua warga DPMM sekalian, di bawah seliaan Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Ilmuan Sesi 2007/08 dengan kerjasama Unit Dakwah DPMM akan mengadakan satu program Kolokium Ilmuan untuk siri yang ke-2 bagi melahirkan lebih ramai lagi generasi ulama yang intelektual dan juga produktif dalam menyampaikan dakwah Islam.

Antara acara yang menarik sepanjang program ini ialah pembentangan kertas kerja ilmiah,diskusi kitab dan sebagainya dari pembentang jemputan yang dijemput khas,iaitu:-

  • al-Fadhil Us. Mohd Nazrul b. Abdul Nasir
  • al-Fadhil Us. Fakerie b. Muhyiddin
  • al-Fadhil Us. Nik Mohd Shahir b. Nik Saleh
Program tersebut akan diadakan sepertimana yang tertera pada iklan di atas. Bayaran kepada setiap peserta adalah sebanyak LE18.Untuk makanan sarapan dan juga jamuan tengah hari akan disediakan.Diharapkan agar sahabat-sahabat ahli DPMM baik yang baru mahupun yang lama,agar dapat menghadirkan diri pada hari program tersebut.

Sebagaimana berkata Saidina 'Ali K.W.H:

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya,dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya."

Sehubungan dengan itu,semoga segala niat dan amalan kita yang ikhlas,dikira di sisi Allah S.W.T. Sama-samalah kita raikan majlis ilmu yang diadakan.

Sekian,untuk makluman.
Terima kasih.

" Memperkasa Generasi Ulama' "

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "
0 comments

Bakal Menjelang...SULAM '08 dan Bazaria Asean '08


Assalamualaikum w.b.t...

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian. Semoga perjalanan dan kehidupan kita sehari-hari diberkati dan dirahmati oleh Allah hendaknya. Untuk kali ini,terdapat beberapa makluman yang ingin dimaklumkan kepada sahabat-sahabat sekalian sempena program mega DPMM yang akan berlangsung tidak lama lagi.


sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.


Sebagai makluman awal, penantian yang dinanti,bakal menjelma...Unit Kebudayaan & Sukan(UKKS) serta Unit Sambutan & Rehlah(USR) Hewi, dengan bangganya, membawakan kepada anda Festival Sukan Keluarga Mansurah atau dikenali sebagai SULAM '08.Dengan membawa semangat satu tujuan,satu matlamat,UKKS dan juga USR Hewi mempersembahkan tema SULAM '08 iaitu "ikatan disulam,ukhwah disemai" bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan ikatan ukhwah sesama kita sebagai ahli keluarga DPM Mansurah.

Sebagaimana Allah berfirman dalam al-Quran,mafhumnya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Debaran semakin hampir,nantikan kemunculan SULAM '08...

" Ikatan Disulam,Ukhwah Disemai "


sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.


Berita baik buat semua ahli DPM Mansurah sekalian.Untuk makluman,Jabatan Bendahari(Unit Ekonomi) DPMM pada kali ini akan mengadakan BAZARIA ASEAN '08.Bagi memeriahkan lagi bazaria tersebut, pihak Jabatan Bendahari(Unit Ekonomi) DPMM dengan berbesar hati,telah membuka tawaran tender bazar kepada seluruh warga Mansurah yang berminat termasuklah juga dari Indonesia,Thailand dan Singapura dengan harga LE40 sahaja.

Bagi yang berminat untuk mendaftar dan mempunyai sebarang pertanyaan,bolehlah berhubung terus dengan:

~ Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain (010-8818061)
~ Ustzah Nor Asiah bt Mohamad (010-3860963)
~ Ustaz Alif Junaidi bin Abdullah (011-5182324)
~ Ustazah Siti Syahirah bt Sohimi (010-3620514)

Oleh itu,jangan lepaskan tawaran menarik ini.Sambil kita berniaga,sambil itu kita boleh mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Untuk sebarang rujukan boleh melihat pada iklan di atas.

Sekian,untuk makluman untuk semua ahli DPMM.
Terima kasih.

" Pengukuhan Ekonomi Islam, Membawa Keutuhan Ummah "

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "

1 comments

Bengkel AKAR dan Muzakarah Berkelompok

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat-sahabat seakidah sekalian, semoga kalian semua berada di dalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Amin... Buat semua pengunjung blog DPMM di sini terdapat beberapa makluman yang ingin di maklumkan.


klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Buat julung-julung kalinya, Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) dengan kerjasama Unit Penerbitan dan Penerangan DPMM sesi 07/08 akan menganjurkan kursus penulisan kreatif iaitu bengkel gabungan cerpen dan puisi yang akan dibimbing oleh panel yang tidak asing lagi iaitu:-
  • Saudara Mohd Zaki M.Noor
  • Saudari Sammaituha Najwa
  • Saudara Syafiq Zulakifli
Penyertaan terbuka kepada semua ahli DPMM dan amatlah dialu-alukan. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Ustaz Amir Hamzah Kamil(010-2015936) bagi ikhwah dan Ustazah Nurul Lailati Mahat(010-4622451) bagi akhawat. Mudah-mudahan kita dapat menggunakannya sebagai salah satu medium untuk menyebarkan dakwah, insya-Allah.

" Citra Tinta Penggerak Minda Berwacana "



sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas.


Sebagai makluman kepada anda semua, di bawah anjuran Jabatan Muzakarah Berkelompok dengan kerjasama Unit Dakwah DPMM akan mengadakan satu liqo' umum beserta diskusi kitab oleh penceramah berpengalaman di Dewan Persada Jazirah Al-Ward pada jam9.30 pagi, hari Jumaat bersamaan 22 Feb 2008. Kitab boleh dibeli pada hari pendaftaran seperti mana yang tertera dalam iklan di atas.

Sehubungan dengan itu, semua warga Mansurah dijemput hadir dan meluangkan masa bagi menjayakan program yang akan diadakan.

Sesungguhnya halaqah ilmu adalah sebahagian dari taman-taman syurga.

Diharap segala amalan ikhlas kita dikira di sisi Allah S.W.T. Kerjasama daripada anda sekalian, didahului dengan ucapan terima kasih. Sama-samalah kita raikan.

Sekian, untuk makluman semua ahli DPMM.
Terima kasih.

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "



0 comments

Kalam Pimpinan HEWI DPMM sesi 2007/08(3)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah S.W.T kerana dengan inayah dan limpah rahmat serta kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga terutamanya dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan rasul, para sahabat baginda dan tabi'in.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Jika engkau membelanjakan semua yang ada di atas muka bumi ini, nescaya tidak dapat engkau berkasih sayang antara hati-hati mereka, tetapi Allahlah yang mengasih sayang antara mereka sesungguhnya Allah itu maha perkasa lagi maha bijaksana."


Sahabat-sahabiah yang dikasihi filah:

Sejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan ukhuwwah di kalangan kita semakin hari semakin pudar. Di manakah silapnya? Kita sebagai azhariah perlukan kesedaran diri sama-sama dalam menuju ke arah matlamat yang satu. Semoga kita mampu mewujudkan wehdatul fikr dan wehdatul amal demi kebaikan kita bersama dalam mencapai keredhaan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudara kamu itu."

Dalam ruangan dan kesempatan ini, ana ingin menyeru agar kita turut sama bergandingan bahu dalam menjaga kesatuan yang ada ini daripada anasir luar yang mahu memecah belahkan kesatuan yang telah terbina sejak lama dahulu. Hanya kesatuan yang dipahat kukuh berlandaskan iman dan taqwa bukan kerana kebatilan pasti mampu menghadapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Biarpun musuh yang mendatang lebih kuat, namun pertolongan Allah S.W.T pasti akan tiba ke atas golongan yang bergerak di landasan yang benar menuju ke arah jalanNya yang benar dan lurus.

Sahabat dan sahabiah yang dihormati sekalian,

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah S.W.T megasihi orang-orang yang berperang pada jalanNya dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka itu seperti bangunan tembok yang rapat."


Namun, kita perlu ingat bahawa setiap kemudahan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita ini, perlulah kita gunakan sebaik mungkin agar kita tidak terperangkap dengannya dan disoal di akhirat nanti. Oleh itu, rebutlah segala peluang ilmu yang ada di muka bumi ini agar kita tidak menjadi hujah kepada masyarakat apabila kita pulang ke tanah air kelak. Jadikanlah setiap detik waktu yang dihabiskan di sini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai persediaan dan bekalan bagi membawa risalah kebanaran kepada masyarakat di tanah air.

Saidina Ali K.W.H berkata :

" Kebatilan yang bertanzim akan mengalahkan kebenaran yang tidak bertanzim. "

Seterusnya, buat semua sahabat sahabiah sekalian. Berikanlah kerjasama dan sokongan anda sepenuhnya kepada kami barisan pimpinan DPMM 07/08 kerana tanpa kalian maka kesatuan yang telah kita bina selama ini akan musnah di telan zaman dan tidak akan tercapai.


Sahabat sahabiah seperjuangan sekalian,

Akhirnya, sahutlah seruan al-Hakim sebagai satu dorongan kepada kita semua dalam menjana generasi Islam di akhir zaman ini yang berbunyi :

" wahai pemuda! Setiap fikrah hanya akan berjaya apabila diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan ikhlas yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. "


Salam perjuangan dan salam ukhuwwah.


Sekian, terima kasih.


I'dat min

Nor Azah binti Aziz
Naib Pengerusi 1 HEWI
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2007/2008
0 comments

INTRODUCTION TO SOCIAL,ECONOMIC AND POLITICAL STUDIES ( ISEPS )

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada ahli DPM Mansurah, semoga dalam lindungan rahmat Allah S.W.T. Buat pengetahuan semua, ISEPS bermaksud pengenalan kepada pengajian Sosial, Ekonomi dan Politik. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah akan mengadakan satu kursus khas.

Maklumat kursus adalah seperti berikut :-

Kursus : Introduction to Social, Economic and Political Studies ( ISEPS )
Tarikh : 24 Feb 2008 hingga 13 Mac 2008
Masa : 10.00 a.m - 01.00 p.m.
Tempat : Cairo University


Modul dan pengisian

Kursus ini terdiri daripada beberapa modul dan pengisian yang berkaitan dengan tiga perbincangan utama iaitu sosial, ekonomi dan politik.

Perincian berkaitan dengan modul tersebut adalah seperti yang diterangkan di dalam jadual di bawah :-


Bil.

Modul

Jam

1.

Pengenalan Kepada Sistem Politik Perbandingan

9

2.

Globalisasi dan Orde Baru Dunia

9

3.

Demokrasi, Masyarakat Madani dan Hak Asasi Manusia

9

4.

Sejarah, Politik dan Kerajaan Malaysia

9

5.

Research Methodology

9



PENDAFTARAN

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolehlah mendaftarkan diri dengan mengisi borang khas kursus. Borang-borang tersebut boleh didapati dan diambil di Jabatan Penuntut Malaysia, Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah. Atau boleh terus menghubungi Puan Hartini Abd Halim di talian 202 - 569 4120, e-mail: hartini_abdhalim@yahoo.com.


Sekian, terima kasih

0 comments

Mereka Wira Kami -Satu Kebanggaan-

Slide Show Piala Presiden 2008

Assalamualaikum w.b.t

Stadium Abbasiyah, Cairo, 2 - 7 FEB 2008: Kejohanan Bolasepak Piala Presiden (PMRAM Presiden Cup 2008) telah dilangsungkan dengan jayanya selama hampir seminggu berakhir khamis minggu lepas. Kejohanan pembuka tirai 2008 ini dianggap paling berprestij dan gemilang dianjurkan dibawah Lajnah Kebudayaan Keseniaan dan Sukan PMRAM. Kontijen Mansurah tidak ketinggalan sama-sama turut serta memeriahkan acara yang dinanti-nanti dengan harapan dan impian sebutir kemenangan. Beridentitikan warna putih dan kuning DPM Mansurah melalui pasukan keramatnya SRI PUTRA FC berjaya memberikan saingan yang sengit dan menarik hingga digeruni pihak lawan. Tetapi badi suku akhir Piala Malaysia tahun lepas terus melekat pada pasukan ini apabila tewas mengejut ditangan pihak lawan.

Sinopsis kejohanan

Kejohanan kali ini dianggap luar biasa apabila beberapa pasukan pilihan tersungkur awal malah gagal melepasi saingan peringkat kalah mati (Suku akhir). Tiada lagi pasukan yang digeruni seperti Kedah, Tanta, Terengganu dan Perlis apabila tersingkir diperingkat kumpulan malah Damanhur dan Mansurah yang dianggap pasukan pilihan ke akhir juga tumpas mengejut di Suku akhir. Hanya Sabah dan Syubro sahaja yang mampu melepasi saingan ini tetapi Sabah juga tewas mengejut ditangan lawan yang lebih lemah. Menurut wakil penganjur kejohanan, saingan pada tahun ini memberi peluang kepada pasukan-pasukan bukan pilihan untuk mara ke akhir sebagai underdog.

Laluan pasukan Mansurah,

Dengan gabungan pelajar kuliah Al-Azhar dan kuliah Perubatan pasukan Mansurah menampilkan beberapa muka baru sehingga berjaya mencuri perhatian semua pasukan yang bertanding. Mansurah pada awalnya diundi bersama pasukan Kuala Lumpur, Damanhur, Sarawak dan Perlis dalam kumpulan D. Bermula dengan cemerlang apabila mengalahkan Kuala Lumpur 4-0, kemudian membelasah Sarawak 6-1 dan menjinakkan pasukan Perlis 1-0 sekaligus layak keperingkat suku akhir. Pada saingan terakhir melawan Damanhur diperingkat kumpulan Mansurah merehatkan beberapa pemain tonggak dan tewas 0-1 tetapi layak secara automatik selaku naib juara kumpulan. Menurut pengurus pasukan Encik Mohd Nor B. Hasan kekalahan ini merupakan satu strategi supaya mengelak dari bertemu lawan yang lebih sukar diperingkat seterusnya.

Menuju kemenangan dengan kekalahan,

Pada saingan peringkat kalah mati (suku akhir) Mansurah diundi bertemu Dumyat."Boleh dikatakan Mansurah menguasai hampir 95% permainan", kata seorang penotong fanatik Mansurah. Serangan bertalu-talu kekubu dan pintu gol Dumyat menyebabkan pasukan Dumyat hanya mampu bertahan sehingga akhir permainan. Namun tiada gol yang mampu dihasilkan oleh Mansurah."Inilah kalau dah tiada rezeki serang macam manapun tak gol juga. Agaknya ini taktik Dumyat,bertahan sahaja!!". Perlawanan yang dilangsungkan selama lebih setengah jam itu berakhir dengan 0-0 sehingga memaksa pengadil memutuskan untuk diadakan sepakan penalti bagi menentukan pemenang. Dua sepakan awal pasukan Mansurah gagal disudahi dengan baik manakala Dumyat berjaya mengambil peluang kedua-dua sepakan tersebut dengan menghasilkan gol. Pada sepakan ketiga dan keempat giliran Mansurah berjaya menghasilkan gol penalti manakala Dumyat gagl menjaringkan gol bagi menjadikan kedudukan terikat 2-2. Pada sepakan kelima giliran DUmyat mengambil sepakan penalti dan berjaya di tampan oleh penjaga gol Mansurah iaitu Ust Shauqi. Namun ianya tidak dikira kerana beliau dianggap melepasi garisan gol dan sepakan semula diambil. Akhirnya membuahkan hasil dan memberikan kemenangan kepada pasukan DUmyat. Begitulah berakhirnya gimik serta magic dalam perlawanan bola.

Harapan dan sokongan padu seluruh ahli,

“Inilah dikatakan bulatnya BOLA yang tidak bersisi, jika ditendang padu nun jauh melepasi, perginya tidak di minta berhenti, berakhir melainkan sampai ke destinasi, tetapi kekadang ianya hanya mampu singgah di palang penjaga goli, bila dileretkan perlahan melencong, di sentuhnya hangat tak mahu pastinya akan di sambut penjaga tiang (gol), begitulah di namakan adat permainan bola di padang, takdirnya yang kalah pasti tak kan menang”.

Biarpun kekalahan Mansurah tahun ini kembali berulang, dengan penuh harapan satu hari nanti pasti akan datang sang wira pengempur muda mampu menyandang kecemerlangan yang dapat membuka mata peminat bola di bumi mesir ini, kata Pengerusi DPMM yang sanggup bertandang di hari perlawanan sebagai tanda sokongan padu beliau. Apa pun, kami seluruh ahli DPM Mansurah tetap menyokong sepenuhnya perjalanan atlit-atlit mansurah yang menjadi wakil mansurah ke temasya sukan berprestij itu.

Sekalung tahniah untuk mereka dari kami,

Kami DPM Mansurah ingin merakamkan sekalung tahniah dan setinggi ucapan penghargaan kepada semua atlit Piala Presiden yang mewakili mansurah dengan anugerah yang di sandang selaku Corak Permainan Terbaik. Dengan anugerah yang di sampaikan ini, terbuktilah kesungguhan yang di tunjukkan bahawa mereka adalah yang terbaik di Mansurah dan di nobatkan juga selaku yang terbaik di semua mata-mata peminat bola di seluruh mesir. Moga starategi ukhwah yang di ribat di kalangan atlit muda dan atlit lama yang berpengalaman akan mampu mengemudi sekali lagi di masa akan datang. Sepertimana yang di terapkan dalam kejohanan di peringkat Mansurah sendiri, inilah hasil dari program perlaksanaan yang di anjurkan, moga yang muda dapat menimba pengalaman dengan yang lebih veteran, begitulah sebaliknya yang veteran mampu berkongsi pengalaman untuk mengasuh atlit-atlit baru tahun ini agar mereka ini satu hari nanti dapat mencapai semua matlamat dan impian kita untuk melakar kejayaan yang lebih tinggi.

Di kesempatan ini, AJKT DPMM ingin mengajak semua sahabat-sahabat untuk sama-sama menjayakan program keramaian seperti ini bagi memupuk sifat ukhwah yang mendalam di antara ahli dengan harapan akan dapat menghasilkan sebuah kesatuan yang terbaik insyaAllah. Tidak lupa juga, di kesempatan peluang yang ada ini UKKS DPMM ingin mengajak seluruh peminat-peminat sukan sama-sama turun memberikan komitmen dengan program akan menyusul bermula sabtu ini perlawanan liga mansurah bertempat di padang kuliah banin, jamiah al-Azhar asy-Syarif.

Senarai atlit kebanggaan Mansurah di Piala Presiden 2008

[Jurulatih] Fikri (kuliah)

[Pengurus Pasukan] Mat Noq (kuliah)

[Kapten] Fadhli (kuliah)

[Keeper] Shauqi (kuliah) - & Muhaimin Pak Ya - (kuliah)

[Pertahanan] Daing (kuliah) - Syamir (Tib) – Fadhli (kuliah) – Leh (Tib)

[Tengah] Ariff (Tib) - Saiful Islam (kuliah) – Fakhrurrazi (Tib) – Aiman (Tib)-

[Penyerang] Akhimullah (Tib) - Adnan (Kuliah) – Faisal (Tib)

0 comments

Makluman Latihan Skuad Waja Diri Mansurah

sila klik untuk paparan yang lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat sahabat-sahabat seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian.Sepertimana yang telah diketahui dan diwar-warkan sebelum ini,Skuad Waja Diri yang dianjurkan oleh DPMM telah kembali lagi.Jadi kepada sesiapa yang telah berdaftar, latihan akan dimulakan sebagaimana yang berikut:-

- Tarikh: 1-17 Februari 2008
- Tempat: padang kuliyyah
- Masa: lepas solat asar

Diingatkan di sini,peserta-peserta mestilah berpakaian seragam silat ataupun lengkap serba hitam.Bagi yang berminat untuk menyertainya, pendaftaran masih lagi dibuka kepada semua.Sebarang permasalahan bolehlah dirujuk kepada:

~Ustaz Firdaus: 010-0369252
~Ustaz Daing: 010-2985893
~Ustaz Fauzi: 010-4968477

Sama-samalah kita menyertainya, kerana badan yang sihat akan diikuti dengan akal yang cergas.

Sekian,terima kasih.





0 comments

Kelas Tafaqquh Fid-Deen

Klik pada iklan untuk paparan yg lebih jelas dan save

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang di sayangi semua, atas pengendalian yang di kelolai oleh Unit Pengetahuan & Pendidikan Mansurah (UPEP DPMM) sekali lagi mengajak sahabat-sahabat semua yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama menyertai dan mengikuti kelas pengajian sebagaimana yang telah di selaraskan sepertimana iklan diatas. Kelas pengajian ini di pimpin sepenuhnya dari tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam memberikan pengetahuan ilmiah. Di harapkan sahabat-sahabat dapat memberikan kelapangan masa, moga-moga di sana ianya dapat memberikan hasil dalam memimpin kita untuk berkongsi ilmu yang berkaitan ilmiah dengan kitab yang di jadualkan. Oleh yang demikian, disini UPEP DPMM sekali lagi menyeru sahabat-sahabat ahli DPMM untuk berusaha dalam merebut peluang keemasan untuk berkongsi seberapa banyak pengetahuan dengan golongan ilmuan dalam apa jua perkongsian ilmiah.

Sebagaimana berkata Saidina 'Ali K.W.H :


"Umur seseorang itu sangat singkat untuk mengetahui semua ilmu yang patut diketahui, maka hendaklah kamu mempelajari ilmu yang penting terlebih dahulu, kemudian barulah kamu mempelajari ilmu-ilmu yang lain".


Sekian terima kasih.

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"


0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger