Kalam Nasihat Untuk Renungan Bersama
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
Segala puji bagi Allah subhanahuwata'ala yang maha mentadbir seluruh makhluknya, menjadikan bumi serta langit dan menurunkan air sebagai hujan, daripada air itu didatangkan benih bagi menghidupkan tumbuhan dan dijadikan rezeki bagi makhluk-Nya untuk melakukan amalan soleh. Selawat dan salam buat junjungan besar penghulu segala nabi, Rasulullah Sallahhu'alaihiwaalihi Wasallam yang diberikan mu'jizat padanya dan disebabkan cahaya baginda terhasil semua ciptaan.
Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,
Kehidupan kita di dunia adalah sementara, akhirat jualah yang kekal abadi selamanya. Ini tidak dapat dinafikan. Andai diri mampu memandu arah tuju maka kejayaan sebenar akan dikecapi, Andai diri dipikul dengan dosa maka kecelakaan akan menanti. Ini adalah perkara yang diketahui oleh lapisan manusia yang beragama Islam. Setiap makhluk akan merasai kematian, saat kematian bukan suatu yang mudah diterima oleh semua manusia, hinggakan pernah kita membaca kisah orang-orang yang telah mati ingin pulang ke dunia walau sesaat bagi melakukan amalan soleh. Ini adalah satu perkara yang mustahil berlaku kerana kematian hanya sekali bagi mereka yang bernyawa. Berlainan pula dengan mereka yang beramal soleh serta punyai rasa cinta yang begitu tinggi, inginkan kematian tanpa rasa takut dan gelisah. Bermatian di
Pada tahun ini, kita telah menyambut Hari Raya Korban dengan serba sederhana sekadar yang termampu dibuat oleh barisan kepimpinan. Sebagaimana kata pengerusi DPMM, Ust Abd Kadir Umar "Walaupun di saat hampirnya kita dengan imtihan dan juga atas dasar tidak mahu membebankan mana-mana pihak untuk menyambut hari seterusnya iaitu hari 'Debaran'(imtihan) bagi kita semua, namun hari raya tetap dapat disambut dengan seadanya." Bersyukur adalah satu jalan yang terbaik bagi mereka yang berakal. Paling penting adalah hubungan silaturrahim sesama muslim perlu dijaga dan tidak diketepikan. Sekembalinya saya dari masjid, masih terngiang-ngiang khutbah yang disampaikan oleh khatib. Di antara untaian kata yang saya ingat
"..Hari raya yang sebenarnya ada
Pertama : hari raya di mana kita tidak melakukan sebarang dosa dan maksiat, mata tidak memandang perkara haram, dan seluruh anggota badan tidak melakukan sebarang perkara haram. Ia dinamakan Hari Sebelum Kelahiran.
Kedua : adalah hari di mana kita di tempatkan di bumi dengan melakukan amalan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh-Nya.
Ketiga : ialah saat ketika kita melintas titian sirat dengan selamatnya, dan pada hari tersebut, andai kita dapat melepasi titian itu, ganjaran syurga yang akan menanti.
Keempat : hari di mana kita dimasukkan oleh Allah s.w.t. ke dalam syurga yang kekal abadi. Semoga Allah s.w.t. menempatkan kita di dalamnya.
Kelima : adalah hari di mana kita dapat melihat cahaya wajah Allah s.w.t. dan hari tersebut adalah hari yang paling bermakna buat semua insan yang beragama Islam." Ya Allah Kau tempatkanlah kami dikalangan mereka-mereka yang dapat melihat cahaya wajahMu." Amin Ya Allah.
Ketika sedang mendengar kutbah pelbagai nasihat dilontarkan seolah-olah semuanya ditujukan kepada sekalian pendengar yang hadir. Antaranya, di antara golongan manusia yang diberi perlindungan oleh Allah ialah mereka yang menginfakkan harta dalam keadaan tangan kanan menghulur tanpa tangan kiri mengetahuinya. Infak kepada mereka yang susah tanpa mengira keadaan sama ada ketika waktu senang ataupun susah. Beberapa cara yang diajar oleh baginda rasul dalam menyampaikan risalah dakwah antaranya dengan lidah dan perbuatan anggota badan.
Sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah,
Tanda-tanda seseorang yang takut pada Allah dapat diterjemahkan dalam tujuh tempat:-
Pertama : lidahnya yang mana dia tidak mengatakan sesuatu yang dusta, tidak mengumpat, tidak mencela tetapi lidahnya hanya melontarkan perkataan yang baik serta berzikir pada Allah s.w.t. dan juga sentiasa membaca Al-Quran.
Kedua : hatinya yang tidak ada perasaan permusuhan, dengki dan hasad. Sabda Nabi " الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب " yang bermaksud " hasad itu memusnahkan kebaikan sepertimana api yang membakar kayu ".
Ketiga : matanya yang tidak melihat kepada benda haram daripada makanan, minuman, serta pakaian. Dia juga tidak melihat dunia dengan penuh hawa nafsu.
Keempat : perutnya yang tidak dipenuhi dengan benda yang haram kerana itu merupakan dosa besar.
Kelima : tangannya yang tidak digunakan atas perkara-perkara haram tetapi digunakan semata- mata taat kepada Allah. Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ka'ab : Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan satu tempat yang diperbuat daripada zabarjat hijau yang mana didalamnya terdapat 70,000 bilik dan setiap satu bilik mempunyai 70,000 kamar dibuat khusus bagi mereka yang apabila diminta kepada sesuatu yang haram dia menolak kerana semata-mata takutkan Allah"
Keenam : kakinya yang tidak melangkah kepada sesuatu yang maksiat tetapi dia melangkah ke arah ketaatan kepada Allah dan mengharapkan redhaNya serta kepada alim ulama dan mereka yang soleh.
Ketujuh : ketaatan yang mana ikhlas hanya kerana Allah dan takut ada sifat riya' dan nifak. Mereka ini adalah di kalangan orang-orang yang berjaya pada hari kiamat kelak.
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
Di sini saya ingin membawa sebuah coretan sirah auliya' oga ia dapat dijadikan pedoman dan peringatan buat kita semua. Telah dinukilkan mengenai kisah Nabi Daud a.s, ketika baginda sedang duduk di atas sebiji batu sambil membaca kitab Zabur. Tiba-tiba, beliau melihat seekor ulat yang berwarna merah di atas sebiji batu yang lain. Terlintas di hatinya " Apakah yang Allah inginkan terhadap ulat ini?" maka dengan izin Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu (walaupun lintasan hati) telah mengizinkan ulat tersebut untuk berkata-kata. Maka berkatalah si ulat " Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di waktu siangku Allah s.w.t. telah mengilhamkan aku supaya berzikir setiap hari ‘ سبحان الله و الحمدلله ولا اله الا الله والله اكبر‘ sebanyak seribu kali, adapun di waktu malamku Allah s.w.t. mengilhamkan aku dengan mengucapkan
‘اللهم صلى على محمد النبى العمى و على آله وصحبه وسلم ‘ sebanyak seribu kali setiap hari. Kamu pula wahai nabi Allah, apa yang kamu tuturkan yang boleh aku jadikan manfaat?." Maka menangislah Nabi Daud a.s. di atas merasa dirinya hina dari ulat tersebut dan rasa takutnya pada Allah.
Lihatlah sahabat-sahabat, seekor ulat yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikrullah semata-mata kerana takutkan Allah. Inilah dia kehidupan para nabi dan salafussoleh dalam kehidupan mereka. Maka kita sebagai pengikut mereka perlulah mencontohi setiap apa yang mereka lakukan.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Berkata Imam Ahmad bin Hanbal
" حاجة الانسان الى العتم اكثر من حاجته من الطعام و الشرب "
yang bermaksud " keperluan seorang manusia terhadap ilmu itu melebihi daripada keperluanyanya terhadap makanan dan minuman."
Akhirnya, salam imtihan buat semua ahli DPMM. Semoga Allah memberkati segala usaha kita.
Ucapan Hari Raya & Makluman Berkaitan Raya AidilAdha 1428H
klik pada iklan untuk paparn yang lebih jelasAssalamualaikum w.b.t
Makluman Pertama
Bersempena dengan kehadiran Aidiladha al-mubarak ini, DPMM sekali lagi mengajak sahabat-sahabat mahasiswa DPMM untuk sama-sama menjayakan program yang di anjurkan bermula dari malam raya Aidiladha (Gema Takbir) hingga ke pagi raya (Seri Adha). Sebarang makluman berkaitan Program boleh rujuk pada ruangan iklan di atas.
Makluman Kedua
Untuk Tempat Solat Hari Raya pada hari Rabu 19hb Disember 2007 akan di adakan seperti berikut:
- Bagi Ikhwah ~ boleh solat di masjid-masjid atau di istad bersama-sama dengan orang arab.
- Bagi Akhowat ~ Di bawah penyelarasan Unit Dakwah HEWI DPMM telah menetapkan 4 tempat untuk bersolat hari raya. Sila rujuk pada iklan untuk panduan tempat solat.
- Bagi Mutazauwijin ~ di alu-alukan untuk mengikuti tempat solat yang di sediakan ini. Tempat solat tertakluk pada kawasan penempatan masing-masing yang telah di sediakan. Sila rujuk ruangan iklan di atas.
Sekian untuk makluman semua ahli DPMM.
"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"
Motivasi Sempena Menjelang Imtihan
- al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam B. Mat Husain (Presiden PMRAM)
- al-Fadhil Prof. Madya Dr. Hassan Basri B. Awang Mat Dahan (Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah, Mesir)
Sekian harap maklum.
Kalam Pimpinan DPMM Sesi 2007/08(2)
Assalamualaikum w.b.tFirman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah dan Tuhan-Mu Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan Qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Telah pun kita ketahui bahawa Ilmu dan thaqafah merupakan perkara asas yang paling penting kepada seorang azhari atau azhariah. Oleh sebab itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu yang merupakan cahaya yang menyuluh sebagai panduan untuk menyinari kehidupan dunia yang penuh cabaran dan mehnah dan tribulasi. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dengan cara kita pergi menuntut di pusat-pusat pengajian seperti di Universiti Al Azhar dan sebagainya.
Allah S.W.T telah berfirman:
“adakah ada persamaan bagi orang yang berilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu”.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang banyak beribadah (‘Abid) seperti kelebihan bulan dengan galaksi yang lain”.
Telahpun kita ketahui bahawa ilmu itu sangat luas dan mempunyai pelbagai cabang serta tidak akan putus bahkan akan dipelajari sehingga hari kiamat.
Sahabat dan sahabiat yang dirahmati,
Sebagaimana kita sedia maklum, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah DPMM telah meletakkan sasaran dari tahun 2004 hingga 2009 bahawa, akan berusaha dalam meningkatkan peratus kelulusan akademik ke tahap maksimum, memastikan peratus kehadiran ke kuliah di tahap cemerlang dan memastikan setiap individu melaksanakan konsep belajar berkumpulan (study group). Oleh sebab itu kita sudah berada diambang imtihan, pada kesempatan ini Unit Pengetahuan dan Pendidikan amat berbesar hati dan mengharap kepada sahabat dan sahabiat sekalian supaya kita belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengambil peluang yang masih ada sebelum kita memasuki dewan imtihan, dengan peluang yang kita ambil supaya kita dapat merealisasikan impian dan sasaran DPMM tercapai tahun ini insyaAllah.
Sepertimana yang telah disusun oleh pihak PMRAM dan diserapkan mengikut BKAN dan DPM masing-masing. Maka, Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM pada sesi ini telah pun melaksanakan kelas-kelas tutorial yang mana telah dibantu sepenuhnya oleh Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA) yang diketuai oleh Ustaz Ikmal Hafif Azmi dan dibantu oleh Ustazah Siti Zaharah Abd Hamid, tujuan kelas tutorial ini dianjurkan tidak lain hanyalah semata-mata untuk membantu sahabat dan sahabiat dalam memahami pelajaran dan membantu pelajar-pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik. Saya berharap supaya sahabat dan sahabiat dapat mengambil peluang dengan sebaik-baiknya dan dapat memberi komitmen yang cemerlang kepada kelas tutorial ini.
Selain itu, saya berharap agar kita sama-sama memenuhi dewan kuliah saat-saat akhir ini, yang mana kebiasaannya pada saat ini Doktor dan Doktoroh akan menghabiskan kitab-kitab dan memberi muqorror imtihan bagi fasa yang pertama ini. Jika kita dapati masih ada sahabat dan sahabiat kita yang masih lena diulit mimpi tolong kejutkan supaya mereka sedar untuk ke kuliah, kerana selain kita mendapat ilmu di kuliah kita juga akan mendapat barakah dari Allah S.W.T insyaAllah.
Sahabat dan sahabiat rakan seperjuangan sekalian,
Selain kita berusaha untuk mendapatkan kejayaan dengan menghadiri kuliah-kuliah dan kelas tutorial, kita juga diingatkan supaya hubungan kita dengan Allah S.W.T tidak terputus bahkan perlu diperbanyakkan lagi, di samping itu juga hubungan kita sesama insan juga perlu dijaga, seperti hubungan kita dengan ahli bait dengan rakan-rakan kita, saya sangat mengharap agar kita sama-sama memahami sesama kita, jangan terus meninggalkan tanggungjawab kita, selaku ahli bait yang mana kita berada di perantauan tanpa ibubapa mahupun tukang kaji, tugasan rumah juga terpundak kepada kita. Jadi, janganlah kita menyerah bulat pada rakan kita supaya memasak dan melaksanakan tugasan rumah setiap hari, sedangkan sahabat kita juga sama-sama akan menghadapi peperiksaan seperti kita jua. Biarlah kita sama-sama berjaya supaya kita dapat merealisasikan impian DPMM.
InsyaAllah Unit Pengetahuan dan Pendidikan akan menganjurkan satu program motivasi sempena imtihan untuk kita semua. Saya amat berharap agar sahabat dan sahabiat dapat menghadiri program tersebut.
Sebelum saya mengakhiri kalam, saya mewakili AJK UPEP DPMM, Unit Pengetahuan dan Pendidikan HEWI dan juga seluruh kepimpinan pada sesi ini ingin memohon seribu satu kemaafan atas kesilapan dan keterlanjuran kata dan mengucapkan selamat menempuh imtihan semester pertama. Kami juga mengharapkan agar kita sama-sama pada tahun ini meningkatkan tahap peratus akademik di tahap yang cemerlang. Cemerlang kita didunia insyaAllah cemerlang juga kita di akhirat.
Bittaufiq wannajah untuk semua.
MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan
DPMM 2007/08
Rahmatnya Bulan Zulhijjah
Assalamualaikum w.b.t.
Muqaddimah
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t, selawat dan salam buat pengakhir segala nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda seluruhnya.
Saudaraku seislam, syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberi kita limpahan rahmat kasihnya kepada umat Muhammad s.a.w dengan kehadiran bulan Zulhijjah yang mana di sana mempunyai beberapa keistimewaan yang padanya terdapat beberapa saranan amalan sunat yang di anjurkan oleh syariat islamiah itu sendiri.
Kelebihan 10 Awal Zulhijjah.
Firman Allah s.w.t:
, ( والفجر, وليال عشر) [Al-Fajr 1-2].
Berkata Ibn Kathir: Sesungguhnya ia adalah 10 Zulhijjah [ Tafsir Ibn Kathir].
Bersabda Nabi s.a.w: "Tidaklah ada diantara hari-hari yang dilakukan padanya amalan soleh yang lebih disukai Allah melainkan pada 10 hari zulhijjah ini…."
Berkata sebahagian Ulama': Sepuluh hari Zulhijjah adalah lebih baik daripada hari-hari lain,dan malamnya adalah lebih baik daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan kecuali Lailatul Qadr.
Bagaimana cara kita menerima hari yang baik (Mempunyai kelebihan tersendiri)
Setiap daripada kita mestilah menerimanya dengan memperbanyakan taubat, sedekah, nasihat menasihati, meninggalkan dosa-dosa kerana ia (dosa) penghijab antara manusia dan Tuhanya, dan juga mestilah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
Kita juga mestilah menerimanya dengan azam yang betul dan bersungguh-sunguh dalam merebut (kelebihan-kelebihan yang ada) padanya dengan apa yang diredhoi oleh Allah..
Antara Saranan Amalan-amalan Sunat di Awal Zulhijjah
1)Perbanyakkan amalan orang-orang soleh.
seperti taubat, nasihat-menasihati, membaca al-Quran, infaq harta kepada fakir miskin, membuat perkara ma'ruf dan mencegah perkara mungkar, bersegera di saf yang pertama, perbanyakkan juga solat-solat sunat dan lain-lain.ssadswjfdjw djsj
2)Berpuasa
Pada hari yang 10 ini iaitu 1o hari di awal Zulhijjah.
Berkata Imam Nawawi tentang puasa 9 hari (sebelum 10 zulhijjah) adalah menjadi suatu perkara sunat yang amat-amat di tuntut.
3)Menunaikan Ibadah Haji dan 'Umrah.
Bersabda Baginda s.a.w.
"dan haji yang mabrur (yang di terima) itu tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga"
-sohih muslim-
4)Berzikir dengan sebanyak-banyaknya
Sabda Nabi s.a.w.
"Perbanyakkan padanya (10 Zulhijjah) dengan tahlil, takbir dan tahmid" -Riwayat ahmad-
Juga di sunatkan untuk bertakbir dengan suara yang di dengari di dalam masjid, rumah, jalan, pasar dan tempat-tempat lain.
Sunat bagi lelaki menguatkan suara ketika bertakbir dan perempuan merendahkan suaranya.
Berkata Imam Bukhori,
"sesungguhnya Ibn Umar dan Abu Hurairah telah keluar ke pasar pada 10 hari Zulhijjah dan mereka bertakbir dan orang di sekitar mereka juga turut bertakbir mengikut mereka".
Hari 'Arafah
Amalan-amalan yang di syariatkan padanya:
1)Berpuasa bagi mereka yang bukan menunaikan haji
Sabda Baginda s.a.w.
"Berpuasa pada hari 'arafah diganjarkan dengan pengampunan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya."
2)Bertakbir samada secara
~ Mutlak = Bertakbir setiap masa dari fajar hari 9 Zulhijjah hingga imam sampai di tempat solat aidil adha pada pagi 10 Zulhijjah.
~ Muqayyad = bertakbir mengikut apa yang di tetapkan iaitu bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah selepas solat asar.
3)Perbanyakkan Zikir dan Doa serta amalan-amalan Soleh.
'Aidil adha (HAri Raya Korban)
Bersabda Nabi s.a.w.
"Hari yang paling mulia di sisi Allah ialah Hari Raya Korban dan Hari Qarr (ditempatkan) ialah hari selepas raya korban." Di namakan sedemikian kerana manusia yang menunaikan haji pada hari itu di tempatkan di Mina.
Hukum Hakam pada Hari Raya Korban.
1)Diharamkan berpuasa pada hari tersebut dan juga hari tasyrik.
2)Solat Hari Raya.
Sabda Nabi s.a.w.
"Perkara pertama yang dilakukan pada hari ini (Hari Raya Korban) adalah bersolat."
3)Bertakbir, bertasbih dan bertahmid.
4)Memakai pakaian yang baik tanpa berlebihan.
5)Berbeza jalan.
Berbeza jalan ketika mana dia pergi dan pulang dari menunaikan solat.
6)Menyembelih
Menghidangkan makanan kepada manusia.
Semoga Allah s.w.t menerima amalan-amalan baik yang kita lakukan kerananya bagi menjaga kesejahteraan diri dan rohani.
Berkata seorang Hukama':
"Keselamatan jasad itu terletak pada sedikitnya makan, keselamatan jiwa terletak pada sikitnya dosa, dan keselamatan agama terletak pada selawat ke atas Nabi s.a.w."
Moga apa yang tercatat dapat kita lakukan bersama demi mencari redho Allah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
Tahniah atas kelancaran selama Perjalanan MPSMB'07 dan HTM 2007/08 -Dalam Kenangan-
Slide Show perjalanan MPSMB'07 dan HTM 2007/08
Assalamualaikum w.b.t.
PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS
Firman Allah s.w.t:
Atas kesinambungan penerimaan pelajar dari tahun ke tahun semakin meningkat, pengendalian pelajar mahasiswa/wi baru ini telah di urus seliakan oleh USMB yang dulunya di kenali sebagai Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru dan kini telah di pertingkatkan kakitangan pengedaliannya yang lebih menyeluruh dengan nama Majlis Pelaksanaan Sambutan Mahasiswa/wi Baru ’07 (MPSMB’07). Majlis Pelaksanaan ini telah di terajui oleh Ust Nasron B. Othman dan di sana telah di bantu oleh kakitangan Unit Penggerak MPSMB’07 yang terdiri daripada Unit Pengisian & Sambutan, Unit Persiapan & Teknikal, Unit Perhubungan, Unit Penempatan dan Unit Jamuan. Di sini di ceritakan serba sedikit perjalanan kehadiran Pelajar-pelajar Baru yang tiba di Mansurah sejak sebulan yang lalu, mereka yang tiba secara berperingkat membuatkan kita di peringkat DPMM lebih bersedia menanti kehadiran mereka. Biarpun secara asalnya kita mempunyai masalah yang hampir sama saban tahun dalam menyediakan penempatan pelajar-pelajar, akan tetapi masalah itu telah sama di pikul oleh sahabat-sahabat pembantu dalam usaha mencari kediaman kosong yang masih ada di bumi Mansurah ini untuk di diami oleh pelajar-pelajar baru.
Bermula dengan kehadiran mahasiswa pertama dari penuntut Kuliah Tib (perubatan) samada mereka yang datang secara persendirian mahupun dengan sesebuah Jabatan Institusi di Malaysia. Rombongan pertama ini telah tiba di Mansurah sekitar akhir bulan Ogos sehingga pertengahan bulan November. Selepas itu, di turuti pula oleh rombongan kedua dari Mahasiswi pelajar-pelajar Maahad Qiraat seramai 26 orang dan sepasang daripadanya adalah dari pasangan yang telah berkahwin. Mereka tiba di Mansurah pada hari Khamis, 27 September 2007 bersamaan 15 Ramadhan 1428H. Rombongan ini diiringi oleh Ust Khairul Anuar bin Ismail dan Ustazah Siti Anisah binti Ahmad sebagai wakil Badan Pengurus PMRAM dan HEWI. Majlis selesai dengan penghantaran pelajar-pelajar dan barang-barang ke rumah masing-masing sebelum berbuka puasa.
Sementara itu, rombongan terakhir daripada pelajar-pelajar muadalah telah selamat sampai pada hari Khamis seminggu selepas ketibaan pelajar STAM iaitu 15 November 2007 sebelum solat Zohor di Dewan Persada Jazirah Al-ward. Rombongan ini di iringi oleh Ust Hadi bin Awang, Ust Rasul bin Amat, Ustz Nor Shahidah binti Abd Manaf dan Ustz Solehah binti Ashaari sebagai wakil BP PMRAM dan HEWI. Rombongan terakhir ini disertai seramai 84 orang pelajar yang terdiri daripadanya 62 orang akhawat, 22 orang ikhwah dan sepasang daripadanya pasangan yang telah berkahwin. Urusan penghantaran barang-barang dimulakan pada sebelah malam juga iaitu selepas solat Isya'.
Sekian Terima Kasih.
*Kami semua dari AJK Mansoura Multimedia Centre (MMC) memohon jutaan kemaafan di atas keterlewatan menyediakan liputan tentang perjalanan program bagi pelajar-pelajar baru kerana bertindan dengan tugasan-tugasan luar dan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Mencari dan Mengasah Bakat Baru Ahli AKAR Mansurah

Sila klik di sini untuk paparan yang lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Majlis Ramah Mesra UPM-DPMM
klik pada iklan untuk paparan lebih jelasAssalamualaikum w.b.t
Kalam Pimpinan DPMM sesi 2007/08(1)
Assalamualaikum w.b.tSetinggi-tinggi dan selama-lamanya, marilalah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t atas segala nikmat pemberiannya serta selawat dan salam buat Rasul junjungan besar Baginda Nabi kita yang tercinta Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat-sahabatnya serta tabi' tabiin rahimahumullahu taala.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya azab Allah amat berat seksaannya." (al-Maa”idah : 2)
Sahabat-sahabat di kasihi sekalian,
Apabila berbicara tentang ilmu, perjuangan pada hari ini tidak cukup dengan sekadar ilmu yang berkaitan ilmiah semata-mata seperti pengajian kitab malah wadah perjuangan dunia yang di lihat hari ini lebih meluas dengan kemodenan arus pembangunan yang menuntut kita untuk mencari kemahiran sampingan samada dari segi kemahiran teknologi mahupun kemahiran intelektualiti idealogi. Sudah pasti di sana ianya menuntut sebuah perjuangan yang lebih besar dan berat untuk di pelajari kerana ianya akan menjadi satu kewajipan yang perlu di galas kepada kita semua sebagai warga penuntut ilmu Allah di bumi Mesir yang penuh barakah ini dan seterusnya supaya dapat mempraktikkan ilmu yang kita pelajari serta menyampaikan kepada masyarakat umum sebagai mengisi pendekatan medium dakwah masa kini yang bukan hanya untuk di perjuangkan serta disebarkan di
Surah Yunus ayat 49:
"Apabila datang kepada kamu ajal yang di tetapkan (oleh Allah), maka tidak akan di lambatkannya walau sesaat dan tidak juga akan dipercepatkan sesaat."
Lantaran itu, atas dasar amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua inilah manjadi satu wasilah buat kita untuk terus memperbaiki diri seterusnya bertanggungjawab untuk bersama-sama memperbaiki keadaan sekeliling dalam pada kita mengisi keperluan-keperluan semasa untuk bekalan perjuangan pada masa akan datang.
Sahabat-sahabat disayangi sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) merupakan sebuah cawangan pentadbiran yang di tubuhkan dibawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) adalah bagi tujuan membantu melancarkan lagi perjalanan PMRAM dalam memenuhi tuntutan kebajikan ahli yang berada di Muhafazah Dakhahhiliyah. Oleh kerana itu, saya menyeru kepada sahabat ahli DPMM sekalian supaya dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada semua pihak bagi menjayakan segala misi dan visi penubuhan DPMM dan PMRAM dalam semua aspek baik dari segi pendidikan, dakwah, saqofah, penglibatan program sahsiah mahupun berpesatuan dan kemahiran. Sepertimana yang di ketahui, PMRAM adalah sebuah persatuan yang berdaftar dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan objketif utama penubuhan PMRAM adalah untuk menjaga kebajikan anak melayu di bumi Mesir ini.
Oleh yang demikian, sejajar dengan apa yang dirancangkan oleh pihak DPMM dulu, kini dan selamanya berkaitan "Sasaran DPMM 2004-2009". Salah satu di antaranya adalah sasaran kemahiran dan penyampaian maklumat bagi melahirkan produk al-Azhari dan al-Azhariah yang berketrampilan tinggi dalam organisasi dan masyarakat. Selain itu, objektif sasaran ini juga adalah untuk berusaha kearah meningkatkan kecenderungan azhari dalam bidang penulisan dan sebaran am supaya dapat mengaplikasikan teknologi kemodenan yang wujud pada hari ini dengan berpaksikan penggunaannya berlandaskan batasan syariat islamiah. Maka dengan itu, dalam mencapai sasaran yang di gariskan ini, dengan kerjasama semua pihak khususnya dari Unit Khas Mansoura Multimedia Centre (MMC) yang di kelolakan oleh Pengarah bagi sesi 2007/08 dan di pantau sepenuhnya dibawah Jabatan Pengerusi DPMM di harapkan agar apa yang di rancang sejak dari tahun 2004 dapat di capai dengan jayanya insyaAllah.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
kalam renungan untuk semua,
Berkata Saidina 'Ali Karramallahu Wajhah,
"Barang siapa yang bersusah payah melakukan perkara yang tidak memberikan manfaat kepadanya, nescaya akan hilang daripadanya perkara yang memberikan manfaat kepadanya".
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada kami bagi menjayakan gerak kerja ini.
Sekian Jazakumullah Khoirun Jazak
wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
I'dat min,
ABD KADIR UMAR
PENGERUSI DPMM
SESI 2007/2008.

.gif)





